BAB 3

Family Completed 30689

Dengan kiraan satu sampai tiga, kain yang menutup mata Tengku Athia di buka dan semua yang hadir yang terdiri dari saudara mara terdekat menyanyikan lagu ulang tahun buat Tengku Athia.

Tengku Athia menerima kucupan kasih dari anak perempuannya. Kemudian menantu lelakinya, Megat Ikhriruddin. Barulah saudara mara yang lain mengambil tempat memberi ucapan ulang tahun kepadanya.

“Sayang, nampak tak abang kamu mana?”

Tengku Athia bertanyakan anak perempuannya. Sejak awal lagi kelibat Tengku Amar Firdaus tidak kelihatan.

“Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Tengku Athia, bonda kami. Allah selamatkan kamu.”

Semua mata yang hadir di majlis sederhana itu memandang suara yang menyanyi lagu Allah selamatkan kamu.

Tersenyum Tengku Athia melihat kedatangan anak lelaki kesayangannya itu. Di peluk bondanya dan dia mengucup pipi dan dahi bondanya yang telah banyak berjasa dengannya.

“Selamat hari ulang tahun bonda.”

Ucap Tengku Amar Firdaus. Di hulurkan sebungkus hadiah yang di balut cantik kepada bondanya.

“Terima kasih sayang.”

Mereka yang hadir semuanya menikmati makanan dan minuman yang telah di hidangakan di hadapan mata.

“Bonda ingat Ku Aus lupa tadi majlis bonda.”

Ujar Tengku Athia dengan senyuman yang meleret.

“No bonda. Macam mana Ku Aus lupa majlis insan yang banyak berjasa dengan Ku Aus.”

Di peluk erat Tengku Athia dengan penuh kasih sayang.

Selama hidupnya, dia hanya menyayangi wanita itu sahaja. Tiada siapa pun yang boleh menggantikan tempat dia.

Dari sudut yang tidak jauh dari mereka, Tengku Ariyana melihat kasih sayang yang begitu mendalam terhadap bonda yang tiada galang gantinya.

“Jauh termenung.”

Megat Ikhriruddin berkata lembut di cuping telinga isterinya.

Mereka saling berpandangan dan senyum.

“Bahagia sangat sayang bila tengok Ku Aus tersenyum. Sejak arwah ayahanda tiada empat tahun yang lalu, Ku Auslah yang menggantikan ayahanda.”

Di peluk manja lengan Megat Ikhriruddin.

“Beruntung siapa yang dapat kanda Ku Auskan.”

Ye. Beruntung siapa yang mendapat Ku Aus sebagai suami. Dan juah di sudut hati Ku Yana berdoa semoga impiannya menjadi nyata.

Kehilangan Dyra sejak mereka habis sekolah membuat tanda tanya pada dirinya. Kemana menghilang sahabat yang begitu baik dengannya. Yang sentiasa ada waktu untuk dirinya.

Walaupun sudah beberapa kali Ku Yana mengatakan hasrat hatinya untuk menjadikan Dyra sebagai kakak iparnya walau dalam senda, namun dia serius.

Teruk juga Dyra di hina oleh bondanya kerana kata bonda Dyra tidak sedarjat dengan mereka.

Apalah yang hebat dengan darjat jika hati sentiasa tiada ketenangan. Hidup penuh dengan kekosongan.

Masih lagi dia ingat, bagaimana di depan matanya wajah bonda memandang Dyra dengan seribu makna kebencian yang menggodam hati nuraninya sebagai ibu. Itulah kali terakhir Dyra sudi menjejakkan kakinya ke rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience