BAB 5

Family Completed 30693

Malam itu Iman tidak dapat melelapkan matanya. Fikirannya serabut. Kadangkala dia menangis sekuat hatinya.

“Kenapa kau buat aku macam ni!! Kenapa!!!!!!”

Jerit Iman memecah ruangan sunyi biliknya.

“Aku tak minta di lahirkan. Tetapi kenapa kau lahirkan aku kalau kau sendiri benci aku!!!!”

Habis semua barang yang ada katilnya menjadi mangsa kegeraman hatinya. Sakit yang tiada ubat. Yang mampu dia lakukan hanyalah meraung, menangis. Tapi semuanya tidak mampu untuk di sesali lagi.

Iman merenung kedua tangannya. Sekali lagi dia menjerit.

“Kenapa aku! Kenapa aku yang perlu lalui semua ni! Ya Allah..kenapa aku. Kenapa aku..”

Rintih sahaja suara Iman.

Dia duduk berteleku di tepi katil. Tangisannya teresak-esak. Mengenang nasib yang malang. Jiwanya menjadi walang.

Selama ni aku tak tahu. Tapi bila semuanya di rungkai, bahagia ke dia? Kenapa buat dia macam ni. tak ubah seperti binatang! Binantang pun tahu makna sayang!

Selepas puas dia menangis akhirnya dia tertidur kerana terlalu kepenatan. Selama lima tahun dia menetap luar negara dengan keluarga angkatnya semua ini tidak menjadi igauan ngeri buatnya.

“Ku Iman, jangan kamu biadap dengan ayahanda kamu. Dosa.”

Pak Wahab menegur.

Suasana di dalam ruang tamunya tidak lagi sedingin tadi, kini mulai hangat apabila berlaku pertegangan urat antara dua darjat!

“Saya bukan nak kurang ajar walid. Sebab saya sedar diri saya sapa di mata Tengku Ziyad.”

Ku Iman mula mengendurkan nada suaranya kini tidak lagi sekeras tadi.

“Saya tak faham. Tujuh belas tahun saya hidup di sini. Saya sentiasa di depan mata dia. Di depan mata adik saya. Tapi saya tak tahu pulak yang saya ni anak dia. Patutlah pelik je nama ayah saya.

Patutlah saya juga berada di sekolah yang sama. Sekolah yang tak mampu keluarga macam kita ni pergi. Rupanya ada insan yang baik hati menanggung. Tapi sayangnya, kebaikannya hanya untuk menutup malu!”

Ku Iman tersenyum sinis. Mak Lijah hanya menangis sejak tadi. Kejap dia mengelap airmata yang mengalir.

Siapa pun akan merasakan hal yang sama dengan Ku Iman bila kebenaran di singkap dengan sesuatu yang di luar batasan pemikiran. Selama ini dia bermain teka-teki siapa ayahnya yang di gelar Pak Yad. Rupanya Tengku Ziyad.

Dan kini dia mengerti mengapa Tengku Athia melarang dia untuk menikahi anak lelakinya hanya kerana kebenaran yang jijik untuk dia katakan kepada Ku Iman.

“Pulanglah Tengku. Tempat Tengku bukan disini. Tetapi di istana yang di impikan oleh semua untuk berada di dalamnya. Pergilah Tengku.”

Pertegangan urat itu berlaku sekejap. Seolah baru sahaja ia berlaku dan kini masa telah meninggalkannya.

Sekali lagi Iman terbangun dari lenanya. Di raup wajahnya yang lesu dek keletihan yang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience