BAB 10

Drama Completed 30872

Perjalanan yang mengambil masa hanya satu jam setengah ke Batu Pahat dengan kelajuan 150km/jam.

Sesampai sahaja di rumah Mak Lijah, mereka masuk dan di layani seperti biasa. Namun keadaan hari ini tidak seindah semalam saat bersama Iman.

“Dia tak ada.”

Pak Wahab menjawab soalan Ku Aus bagi pihak isterinya yang diam sejak awal lagi.

“Dia kemana?”

Kali ini Megat Ikhtiruddin pula menyoal.

Pak Wahab dan Mak Lijah memandang sesama mereka. Seakan mengeti dengan soalan di fikiran Pak Wahab, Mak Lijah mengangukkan kepalanya.

Mereka semua di bawa ke satu tempat. Dimana tempat tinggal Iman selama ini. Semua yang ada tidak dapat menahan sebak. Mengalir juga airmata lelakinya untuk kali kedua selepas kematian ayahandanya.

Sebelum pulang ke banglo, sempat lagi Mak Lijah membeikan Ku Yana sepucuk surat. Surat yang di tulis oleh Iman sebelum dia meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke lapangan terbang Senai.

Assalamulaikum bonda.

Maaf sekiranya surat anakanda ni membuatkan bonda rasa tidak senang. Tiada apa yang ingin anakanda luahakan melainkan rasa syukur kepada Allah kerena menemukan kita semula. Walaupun sejak Iman di pindahkan ke sekolah yang sama dengan Yana walaupun kami berbeza setahun.

Bonda,

Maafkanlah segala dosa dan silap anakanda selama mana anakanda hidup di dunia. Selepas ini Iman berjanji tidak akan membiarkan wajah anakanda terpamer lagi di hadapan bonda dan semua.

Anakanda akan pergi jauh. Semua tentang kita telah pun tertulis oleh Allah dan anakanda terima sebagai satu hadiah bermakna. Walaupun anakanda hanya mendapat kasih sayang bonda semasa dalam kandungan, Iman tetap beryukur. Semoga Allah merahmati bonda sekeluarga. Salam kemaafan dari anakanda, Tengku Dyra Imani.

Ku Aus membacakan surat yang di tiggalkan oleh Iman untuk bondanya. Kuat pelukan Ku Yana terhadap bondanya yang kini hanya mampu terlantar di katil. Matanya mengalirkan airmata namun dia tidak berkata apa.

Hiba perasaannya merenung surat dari Iman. Hatinya terpaut sayu, kerana selama ini dia tidak juga perasan akan apa-apa persamaan antara mereka.

Malam itu, Tengku Athia merasa dadanya sakit. Kesakitan itu kian menaik sehingga ke paras lehernya. Mata terpejam rapat, nafas yang tadinya berombak kuat kian reda. Seluruh tubuhnya kesejukan.

Yang hidup pasti akan merasa mati. Dan tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience