BAB 6

Family Completed 30689

Lantas, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Memohon di beri kekuatan untuk dia menghdapi hari seterusnya dengan ketabahan yang di pinjamkan oleh Allah.

“Ya Allah, peliharkanlah roh arwah ayahanda ku, Tengku Ziyad. Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman.”

Usai habis sahaja dia berdoa ketenangan kembali menemuinya. Dan terus dia merebahkan badan di katil. Lenanya tidur dengan hati yang kembali tenang..

Jam lonceng yang terletak di sebelah katilnya menunjukkan ke angka 06.15 pagi. Awal lima belas minit Iman bangun hari itu.

Nak lelapkan mata, tapi dah tak mengantuk. Walhal malam tadi cukup payah untuk dia melelapkan mata.

Mahu tak mahu, dia akhirnya bangun juga. Menyegarkan tubuhnya yang kelesuan dan sengal-sengal. Kemudian dia menyegerakan tuntuan sebagai seorang Islam.

Pagi ini fikirannya ingin membuat sarapan yang ringkas-ringkas. Mungkin lewat sedikit dia pergi butik sementah dia ingin melawat keluarga angkatnya di kampung. Terasa rindu dengan mereka. Kalau malas, terus dia tidak masuk lagi. segala urusan dia memberi kepercayaan kepada Wawa untuk menguruskan bagi pihaknya.

Dua set roti bakar dan secawan nescafe siap di hidangkan di meja makan di dapur. Kepalanya tidak perlu rungsing memikirkan sarapan yang susah-susah kerana dalam rumah ni hanya dia seorang sahaja yang tinggal.

Selepas bersarapan, Iman naik ke biliknya dan bersiap-siap untuk berangkat pulang ke rumah keluarga angkatnya. Namun, jauh di sudut hatinya terasa keberatan. Demi menghilangkan kerinduan yang bermukim di hati, dia gagahi jua kakinya melangkah ke rumah itu untuk sekian kalinya.

Tengku Amar Firdaus tidak senang duduk. Kejap dia berdiri, kejap dia duduk di kerusi yang di khaskan oleh tuan butik ini untuk keselesaan pelangannya menunggu.

Dari ekor mata Wawa dapat melihat reaksi spontan lelaki yang datang bersama wanita itu keresahan.

Nak katakan lama sangat dia melayani wanita itu, rasanya tak. Fikir Wawa belum sampai sepuluh minit lelaki itu datang ke sini. Tapi dah panas buntut. Hem.. getus Wawa.

“Pandai Ku Aus pilih tempat untuk bonda beli pakaian muslimah. Bonda suka sangat dengan layanan yang di berikan. Lagi-lagi fabrik yang di gunakan menepati citarasa bonda.”

Mereka bertiga berlalu berjalan seiringan ke kaunter pembayaran. Segalanya di lunaskan oleh Ku Aus sendiri.

Sebenarnya, Ku Aus hanya menjadikan alasan menemani bondanya membeli belah semata-mata nak jumpa pelayan semalam. Tapi sayang, pelayan perempuan tu tak ada.

“Dik, nak tanya. Mana pelayan perempuan yang semalam tu ye?”

Tanya Ku Aus tanpa segan silu.

“Pelayan perempuan? Hem, setahu saya kami bertiga jelah pelayan perempuan dekat sini.”

Jawab Wawa. Sah! Lelaki ni mesti mencari Puan Iman.

“Erk, bukan. Semalam ada lagi sorang. Dia pakai tudung warna ungu cair semalam. Baju hitam. Dia yang layan saya semalam. Mana ek dia?”

Wawa merenung lelaki itu lama. Tak salah jangkaan Wawa. Walaupun dia hanya main teka je tapi betul juga akhirnya.

“Oh! Tu. Dia hari ni tak datang. Dia balik kampung.”

Jawab Wawa jujur.

Ku Aus kecewa. Baru sehari dia tidak dapat berjumpa dengan gadis itu. Terasa rindu. Kalaulah dia tahu di mana kampung gadis itu, pasti sekarang juga dia akan ke sana untuk berjumpa.

Ku Aus berjalan keluar seiringan dengan bondanya. Fahamlah kini anaknya sedang di lamun cinta. Dengan gadis yang bekerja di sini. Hendak di larang, dia takut pisang berbuah dua kali.

Jauh di sudut hatinya, darjat dan pangkat dia tak pandang. Asalkan anaknya sudah berkenan dan gadis itu menepati ciri seorang wanita solehah dia sudi menerima sebagai menantu.

“Jangalah buat muka sedih. Esok Ku Aus datang sini balik jumpa dia. Esok mesti dia datang.”

Tengku Athia memberi sokongan kepada anaknya.

Ku Aus tersenyum mendengar kata-kata semangat dari bondanya. Dia tersenyum. Namun senyumannya kelat. Esok dia kena pergi ke Korea Selatan. Atas urusan kerja. Seminggu dia akan berada di sana, mana mungkin dia boleh betah. Harapannya hampa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience