BAB 9

Family Completed 30693

Tengku Amar Firdaus mengeluh perlahan. Masuk hari ini mungkin sudah hampir dua minggu dia tidak nampak kelibat pelayan perempuan yang melayaninya tempoh hari. Bila di soal keman gadis itu pergi, pelayan di situ mengatakan tidak tahu. Sebal hatinya!

Dia merendamkan kakinya ke kolam renang sambil ligat memikir bagaimana mahu berjumpa dengan gadis itu lagi. cukuplah kalau dia tahu nama gadis yang di jumpainya. Sudah cukup.

Sementah akalnya ligat berfikir dia mendapat idea. Esok dia harus ke butik itu kembali dan membawa bonda sebagai umpan yang terbesar. Jika susah sangat, dia akan jumpa sendiri dengan tuan butik itu dan bertanya langsung perihal pekerja butik yang selalu susah untuk di jumpainya.

“Kenapa Ku Aus bawa bonda ke mari? Ku Aus ada nak beli pakaian lagi ke?”

Kali ini Tengku Athia merasa pelik dengan sikap anak lelakinya itu. Sampai tahap macam ni!

“Alah, Ku Aus cuma nak belanja bonda shoping, tu je.”

Ku Aus berhelah. Sedangkan helahnya itu tidak menjadi.

Sekilas ikan di air, Tengku Athia dapat tahu yang mana jantan dan yang mana betina. Inikan pula isi hati anakandanya. Tengku Athia hanya tersnyum dan mengikuti tanpa banyak kata.

Sesampai di butik, Ku Aus melihat gadis yang di carinya selama ini ada. Dia sedang menyarungkan sehelai pakaian perempuan yang mungkin stok baru sampai di tubuh anak patung.

Ku Aus membuat permintaan. Dia mahu gadis itu melayaninya dan bonda. Gadis itu melakukan kerjanya dengan baik sekali. Malahan bonda juga turut suka dengan layanan sebegitu.

Perhubungan Tengku Amar Firdaus dan Iman kini sudah menghampiri bulan yang pertama. Bermula dari sebagai pelanggan dan pelayan, kini hati Ku Aus sudah terpikat.

Genap usianya 25 tahun lusa, dia bercadang ingin melamar Iman sebagai permaisuri hidupnya. Walaupun dia tahu yang Iman pernah bernikah. Dan kelemahan yang ada pada diri Iman bukan penghalang untuknya memperisterikan Iman.

Hari yang di nantikan telah tiba. Iman di bawa ke banglo milik keluarganya. Terdetik di hati Iman tentang satu hal.

Keadaan rumah yang sama tiada beza. Tapi benarkah apa yang dia fikirkan? Sedalamnya dia cuba menyangkal hakikat itu. Dia cuba memberikan virus positif kepada otaknya.

Mungkin banglo ni di beli oleh keluarga Ku Aus selepas kematian Tengku Ziyad dulu.

Selangkah kakinya menapak hatinya kian berdebar. Tak banyak perbezaan dulu dan sekarang. Iman memejamkan matanya sedalam mungkin. Sekali lagi dia menyangkal apa yang cuba di hantar oleh virus negetif kepada hatinya.

“Iman, saya perkenalkan adik perempuan saya. Tengku Nurul Ariyana. Atau lebih mesra Ku Yana je.”

Ku Aus berkata ketika Iman sedang ralit melihat gambar keluarga yang tergantung di dinding ruang tamu. Ku Aus berdiri di belakang Iman sambil tersenyum bersama Ku Yana.

Iman menoleh ke belakang sambil hatinya berperang hebat. Hakikat yang cuba di sangkal namun dia kalah!

Tergamam Ku Yana melihat Iman, gadis yang selalu di ceritakan oleh abangnya. Gadis yang telah berjaya mencuri hati abangnya yang susah untuk jatuh cinta buat kali ke dua selepas di permainkan oleh sepupunya sendiri, Raja Ratna.

“Dyra!”

Terjerit perlahan suara Ku Yana memanggil nama teman baiknya yang menghilang sejak mereka tamat sekolah.

Mereka berpelukan. Lama. Tersentak Tengku Athia mendengar nama itu di panggil. Serta merta dulang yang di bawanya bersama sejug air oren jatuh kelantai, pecah.

Mak Som yang berada di belakang Tengku Athia terkejut. Malah semua yang berada di ruang tamu juga.

Pelukan di leraikan. Dyra mengesat airmata yang mengalir. Airmata yang sukar di tafsirkan apa.

“Kenapa sejak awal kau tak beritahu aku yang kau siapa!”

Jerkahan dari Tengku Athia mendapat perhatian semua. Terkejut dengan sikap drastik Tengku Athia yang tiba-tiba membenci Iman.

“Saya juga tak tahu yang Tengku adalah bonda kepada Ku Yana.”

Lantang sekali Iman menjawab. Kali ini dia sudah nekad. Persoalan harus di rungkai agar segalanya jelas. Dia janji yang dia tidak akan kembali dalam hidup mereka.

Kelu lidah Tengku Athia. Dia tidak dapat berkata apa. Iman sungguh tabah kali ini menghadap Tengku Athia yang terduduk di sofa empukya.

Ku Yana dan Ku Aus terpana. Apa yang sedang berlaku? Mereka tak faham. Ada sesiapa yang boleh beri jawapan, please!

“Kalau aku tahu kau Dyra, aku akan pastikan Ku Aus takkan jatuh cinta dengan kau!”

Tengku Athia berkata, namun matanya tidak menoleh ke arah Dyra.

“Saya juga begitu Tengku Athia. Saya tahu. Sebab sampai bila-bila pun kami tetap tak boleh bersama. Kan?”

“Ya! Sampai mati aku takkan biarkan kau musnahkan hidup anak aku!”

“Sampai mati. Sampai mati saya memang tidak boleh bersama dengan Ku Aus kerana kami adik beradik. Begitukan Tengku Athia?”

“Diam!”

“Saya tak faham. Masih wujud dalam dunia ni manusia seperti Tengku Athia kan. Yang malu dengan kecacatan anaknya sendiri. Yang membuang anaknya tanpa pengetahuan suami sendiri. Layak ke awak di panggil ibu Tengku Athia?”

“Selama ini saya menyalahkan arwah ayahanda saya kerana dia tidak pernah kisah dengan saya. Saya salahkan diri saya sebab lahir sebagai seorang yang cacat tangannya. Saya salahkan ummi dan walid kerana tidak memberitahu saya hal sebenar.”

“Kenapa awak lahirkan saya kalau awak dah benci dengan diri saya! Hanya kerana kecacatan ni, awak serahkan saya kepada Mak Lijah untuk menjaga saya sewaktu usia saya dua bulan! Sewaktu ayahanda pergi ke China untuk mengembangkan bisnensya. Awak beritahu dia yang awak gugur. Setahun kemudian awak mendapat anak. Dan kebahagiaan milik awak.

Dua belas tahun saya berperang dengan jiwa saya. Dua belas tahun saya menderita kerana di hina kawan sekolah. Sehingga ayahanda saya tidak tahu yang saya adalah anaknya sewaktu dia melawat sekolah anak cacat.”

“Kemudian, rahsia kian teebongkar tahun demi tahun. Awak tahu apa yang saya rasa? Saya menyesal ada ibu seperti awak!”

Tergamam semua dengan pengakuan Iman@Dyra.

“Apa semua ni bonda? Iman, apa yang awak merepekkan ni?”

Ku Aus tidak betah berdiam diri.

Apa yang dia dengar, perlukan penjelasan. Namun Tengku Athia hanya mendiamkan diri dan menangis mendengar tohmahan dari Iman.

“Dulu saya sedih dengan apa yang menimpa. Namun, bila Tengku Ziyad datang dalam hidup saya dan menjelaskan segalanya barulah saya boleh memaafkan awak, Tengku Athia walaupun hati saya cukup terluka.

Saya faham Tengku Ziyad tidak tahu semuanya. Hari demi hari saya harap saya akan berjumpa dengan awak semula demi menjelaskan hal sesungguhnya kepada saya. Sehingga Tengku Ziyad meninggal dunia bersama suami saya, Tengku Athia masih juga mendiamkan diri dari muncul dan menegakkan kebenaran di sebalik semua ni.”

Pilu hantinya untuk meneruskan. Namun, inilah peluang yang dia ada untuk meluahkan segalanya. Penderitaan yang mereka alami bersama hanya Tengku Athia dapat menjelaskan.

“Apa yang sebenarnya cuba awak sembunyikan Tengku Athia?”

Kali ini nada suara Iman sedikir bergetar. Matanya dapat melihat riak kecewa di wajah Ku Aus.

Ku Yana terduduk mendengar semua cerita yang di beritahu oleh Dyra. Mengalir airmatanya bila teman sendiri yang selama ini baik dengannya tega berbuat sedemikian.

Suasana menjadi sepi seketika.

“Hem, maafkan saya Tengku Athia kerana muncul dalam hidup Tengku. Selepas ini janganlah Tengku berasa khuatir kerana saya takkan kembali lagi dalam hidup Tengku mahupun Ku Aus dan Yana.”

Seketika kemudian, Iman bersujud di kaki Tengku Athia dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya. Dan mengahalalkan susu yang pernah di minum oleh Iman sewaktu lahirnya.

Iman keluar meninggalkan banglo itu dengan perasaan rawan. Di biarkan Ku Aus mendapatkan penjelasan dari bondanya.

Cukuplah kesakitannya selama ini. Larangan dari ummi untuk dia beetemu dengan ibu knadunganya ternyata berkeadaan sedemikian. Bila hatinya terpaut dengan keikhlasan hati abangnya sendiri.

Dua bulan peristiwa itu berlalu pergi. Kesedihan dan kepiluan seorang ibu nyata tidak dapat di bendung. Tengku Athia kini terlantar di katil. Dokter tidak dapat mengesahkan penyakit Tengku Athia.

Setiap hari hanya nama Iman sahaja yang di sebutnya. Apatahlagi Ku Aus. Dia tahu bondanya merindui anaknya itu. Ku Aus juga.

Apakan dayanya, inilah hakikat yang harus di terima bila dia menyintai darah dagingnya sendiri tanpa di sedari.

“Ku Aus, Ku Yana sudah mendapat tahu di mana keberadaan keluarga Mak Lijah.”

Ku Yana berkata girang di muka pintu bilik Tengku Athia.

Tidak sabar rasaya ingin menemukan Dyra dan bonda. Semoga segalanya akan kembali pulih seperti sedia kala apabila bonda dapat berjumpa dengan Dyra.

Share this novel

Lieyana Lieya Hazlee
2020-05-01 20:54:13 

Mana smbungan cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience