BAB 2

Family Completed 30689

TUJUH TAHUN KEMUDIAN…

T.D’IMANI.. Satu nama yang mempunyai makna tersendiri bila pemiliknya sesekali akan berada di butik pakaiannya di bandar ini. Malahan di Asia juga, jenama pakaiannya telah di perkenalkan.

Tengku Amar Firdaus meneliti setiap jenis pakaian dan fabrik yang di sediakan oleh T.D’Imani ini. Boleh tahan fabrik dan design pakaiannya.

“Ye encik. Boleh saya bantu?”

Terkejut Tengku Amar Firdaus apabila di sapa oleh seorang gadis yang cantik jelita. Namun dari segi pakaiannya, nampak seperti dia seorang pelayan di sini.

“Er, saya nak cari sesuatu yang boleh di jadikan hadiah.”

Tengku Amar Firdaus berbasa-basi.

“Boleh saya tahu untuk siapa? Maksud saya lelaki atau perempuan.”

Dia tidak mahu disalah ertikan tentang persoalannya.

“Erm, perempuan.”

“Dalam lingkungan usia?”

“Lima puluhan.”

“Oh, kalau begitu encik saya sarankan encik mengahadiahkan perempuan itu dengan sehelai jubah yang materialnya dan warna sesuai untuk mereka.”

Satu persatu tips yang di ajukan oleh gadis itu kepada Tengku Amar Firdaus. Apa yang di katanya hanya bermain di ruangan legar telinganya sahaja.
Sedangkan akal dan mindanya berada di awangan, menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Akhirnya, Tengku Amar Firdaus membuat keputusan membeli sehelai jubah kembang di bahgian bawah yang berwarna putih mutiara. Di hiasai dengan corak sederharan di lengan berwarna emas. Dan juga sehelai selendang bercorak simple berwarna hitam keemasan sedikit di hujung selendang.

Usai membuat pembayaran, Tengku Amar Firdaus tidak lekang mengahadiahkan senyuman kepada pelayan perempuan tadi. Senyumannya di balas. Namun jauh di sudut hatinya, dia tahu yang perempuan itu sudah mula syok dekat dia!

“Puan Iman, ni dia fail yang puan minta saya tadi.”

Wawa menunjukkan fail yang di bawanya kepada Iman. Majikannya.

“Terima kasih.”

Iman mengambil fail yang di hulurkan kepadanya dan berlalu masuk ke dalam pejabat. Banyak kerja yang perlu di lakukan.

Keriuhan banglo dua tingkat pada petang itu menceriakan suasana. Mata Tengku Athia di tutup sebelum sampai di halaman taman rumahnya.

Semua yang hadir senyap ketika melihat kedatangan Tengku Athia dengan anak gadisnya, Tengku Nurul Ariyana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience