BAB 7

Family Completed 30693

Tiga jam perjalanan ke Batu Pahat yang sepatutnya hanya dua jam sahaja pada kebiasaannya. Jalan sesak kerana berlaku satu kemalangan diantara sebiji kereta Honda City dengan lori pasir.

Apabila dia melihat kejadian itu mindanya seolah kembali pusing ke belakang melewati detik sukar ketika baru sahaja menjadi isteri kepada Megat Ariel.

“Amin…”

Semua yang hadir di majlis akad nikah Ku Iman dan Raja Ariel mengaminkan doa selepas saksi menge’sah’kan akad tadi.

Jurukamera mengambil gambar pengantin di pelbagai sudut yang berbeza supaya nampak impak yang menarik. Tiba saatnya untuk pembatalan air sembahyang di mulai.

Dalam hati merasa syukur sangat. Dengan kekurang yang ada pada diri masih ada lagi insan yang sudi menerima diri sebagai suri.

“Iman balik dulu. Abang dengan ayahanda nak ke tempat lain dulu. Ada kejutan untuk semua malam ni.”

Raja Ariel berkata semasa mereka semua sudahpun berada di hadapan kereta.

“Iyalah. Hati-hati ye. Iman balik dulu dengan ummi.”

Tangan suaminya di cium sebelum berlalu meninggalkan suaminya dengan ayahanda yang berdiri di hadapan kereta Honda CRV putih milik Raja Ariel.

Malam itu mereka sekeluarga menerima kunjungan dan kejutan yang tidak terduga. Seorang mayat lelaki yang amat mereka kasihi datang bersama van jenazah. Tubuhnya lengakap dengan kain putih yang membaluti tubuh.

Bergetar seluruh tubuh Iman bila melihat kejutan yang di katakan oleh suaminya pagi tadi selepas mereka sah bergelar suami isteri.

“Jauh termenung. Ingtakan siapa tu?”

Entah dari mana ummi datang menyapa Iman dengan sedulang air di teko. Di letakkan di meja ambin rumah.

“Tak da apa lah ummi. Saja ambil angin malam.”

Ya Allah! Bru dia sedar hari dah larut malam rupanya. Sejak maghrib tadi dia termenung. Ingatkan masih siang sedangkan tadi dia baru sahaja selesai tunaikan solat manghrib berjemaah. Kenapa mudah lupa ni Iman!!

“Tak manis termenung seorang diri. Kalau ada masalah ceritalah dengan ummi.”

Ummi menuang air yang di bawa tadi ke dalam cawan bertangkai. Di hulurkan kepada Iman segelas.

“Iman cuma teringat dekat arwah Ariel.”

Mak Lijah hanya berdiam. Tidak berkata apa. Diam lebih baik, kerana dengan cara menjadi pendengar itu boleh membuatkan anaknya itu berasa lapang seketika.

“Dia baik. Terlalu baik. Tapi Allah ambil dia dari kita semuakan ummi.”

Bergenang airmata di kelopak matanya. Sebak hatinya tiba-tiba.

“Ayahanda juga di ambil Allah kembali ke sisi-Nya.”

Sayu hati Mak Lijah bila mendengar apa yang di tuturkan oleh anak tunggalnya itu. Silap diakah membawa anaknya pulang ke Malaysia dahulu? Sehinggakan Raja Ariel dan Iman bercinta kemudian bernikah? Silap diakah?

Tetapi Mak Lijah tidak menyuarakan isi hatinya kepada Iman. Dia takut anaknya itu akan terasa hati dengan pemergian mereka semua. Biarlah dia simpan di hati.

“Ummi, kenapa Tengku Athia benci Iman? Kadang-kadang Iman rasa macam lebih hina dari binatang.”

“Astaghfirullah. Iman tak baik kamu berkata begitu dengan bonda kamu. Dia yang melahirkan kamu. Dia yang memberi susu badannya kepada kamu. Berdosa Iman kamu berkata sedemikian kepada ibu yang bersusah payah melahirkan kamu.”

“Tapi ummi, kalau betul dia sayang Iman, kenapa dia serahkan Iman kepda ummi? Sampai ke hari ini Iman tak faham.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience