Bab 13

Drama Completed 977

Beberapa bulan kemudian...

Riyana tidak berpuas hati. Impiannya, dia hanya mahu memiliki Tengku Dazrin seorang. Dia tak boleh terima, kalau Dr. Effa masih menjadi isteri sah Tengku Dazrin. Yang dia mahu adalah perceraian Tengku Dazrin dan Dr. Effa.

Riyana terus berdiri di hadapan pintu rumah agam itu, menunggu Tengku Dazrin pulang dari kerjanya.

Apabila Tengku Dazrin sudah sampai, Riyana terus memeluk tubuh Tengku Dazrin. Terkejut Tengku Dazrin dibuatnya. Namun, Tengku Dazrin hanya membalas pelukan itu dengan erat.

"Hmmm... Sayang, boleh tak you ceraikan isteri pertama you, Dr. Effa tu?,"
Tengku Dazrin terkejut. Dia terus cepat - cepat meleraikan pelukan Riyana.

"Apa yang you cakap ni, Riyana?," tanya Tengku Dazrin. Wajahnya sudah mula serius.

"Ya, sayang. You kena ceraikan dia. I nak jadi milik you sorang! I taknak ada orang lain ganggu kita berdua!," kata Riyana lagi.

Tidak semena - mena, Tengku Dazrin terus menampar kuat pipi Riyana.

"Riyana Kamelia binti Abdullah! Mulai saat ini, aku ceraikan kau dengan talak tiga!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience