Bab 9

Drama Completed 977

Seminggu kemudian...

Dr. Effa baru saja selesai melakukan appoinment dengan seorang pesakit. Pesakit itu adalah pesakit terakhir Dr. Effa untuk hari ini. Dr. Effa menarik nafas lega kerana dia sudah boleh pulang. Sedang dia berkemas - kemas untuk balik, tiba - tiba, pintu biliknya bergema dengan bunyi ketukan.

"Masuk," arah Dr. Effa.

Pintu terkuak. Rupanya, seorang jururawat yang bernama Afifah ingin menemui Dr. Effa. Rupanya, ada orang yang meminta Nurse Afifah untuk mengirimkan kad jemputan pernikahan kepada Dr. Effa.

Dr. Effa membuka kad kahwin itu.

"RIYANA & DAZRIN"

Apabila terbaca tulisan yang terpamer di atas kad kahwin itu, sekaligus air mata Dr. Effa menitis di pipi.

Inikah ketentuanmu, Ya Allah? Mampukah aku menghadapi semua ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience