PROLOG

Drama Completed 977

Tengku Dazrin tersenyum. Dia membetulkan kaca mata hitam dan topi di atas kepalanya. Topi dan kaca mata hitam dipakai agar tiada sesiapa dapat tahu yang dia adalah anak Menteri Besar Kedah. Selepas itu, dia terus melirik pada wanita yang sama - sama duduk dengannya, menikmati pemandangan matahari petang berhampiran tasik. Wanita itu adalah Dr. Effa, isterinya yang dinikahi dalam diam, tanpa pengetahuan sesiapapun.

"Awak?," panggil Tengku Dazrin. Dr. Effa menoleh pada suaminya.

"Ya?,"

"Awak jangan pernah tinggalkan saya, ya?," kata Tengku Dazrin. Akhirnya, kata - kata itu membuatkan Dr. Effa tergelak kecil.

"Hei, sepatutnya saya yang larang awak supaya jangan tinggalkan saya. Sebab awak tu terkenal. Ramai gadis menggilai awak, Dazrin," kata Dr. Effa pula.

"Tapi awak cantik, Effa. Bila - bila saja awak boleh dirampas. Ada gelaran doktor lagi tu," kata Tengku Dazrin.

Suasana sunyi seketika. Masing - masing tersenyum dalam diam.

"I will love you, FOREVER...," bisik Tengku Dazrin.

"Promise?," kata Dr. Effa, sambil menghulurkan kelingkingnya pada Tengku Dazrin.

"PROMISE!," semangat benar Tengku Dazrin menuturkannya.

Dr. Effa terus tergelak. Tengku Dazrin juga ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience