Bab 10

Drama Completed 977

Dr. Effa terus keluar dari bilik doktor untuk pulang ke rumah. Air mata tidak habis - habis menuruni pipinya. Dia cepat - cepat melangkah, sambil menundukkan pandangan.

Sedang dia tergesa - gesa berjalan, tiba - tiba...,

"BUK!,"

Dr. Effa terlanggar Dr. Farhan.

"Maaf, maaf! Saya...,"

"Eh! Dr. Effa rupanya. Tak apa, saya ok. Dr. Effa ok?," tanya Dr. Farhan.

Dr. Farhan merenung sekilas Dr. Effa. Dr. Farhan berasa hairan kerana wajah Dr. Effa kelihatan sembap dengan air mata.

"Err... saya tak apa - apa. Maafkan saya. Saya kena pergi," kata Dr. Effa, tanpa memandang wajah Dr. Farhan di hadapannya. Selepas itu, Dr. Effa terus pergi dari tempat Dr. Farhan berdiri.

Dr. Farhan berasa aneh. Dia berniat untuk bertanya terus dengan Dr. Effa, tentang apa yang membuatkan Dr. Effa menangis sehingga mukanya kelihatan sembap begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience