Bab 15

Drama Completed 977

"Jadi, Tengku Dazrin adalah suami Dr. Effa?," tanya Dr. Farhan kepada Tengku Dazrin. Tengku Dazrin hanya mengangguk.

"Maafkan saya, Tengku. Sebenarnya, Dr. Effa sudah meninggal dunia sejak sebulan lepas kerana melahirkan anak. Tahniah, kerana anak Tengku adalah seorang bayi perempuan,"

Tengku Dazrin meraup mukanya berkali - kali apabila mendengar kenyataan itu. Air matanya mengalir jua. Dalam hatinya tertanya, kenapa dalam keadaan dirinya yang amnesia, ada yang sanggup menyembunyikan kenyataan sebenar dari pengetahuannya?

"Err.. Doktor, boleh saya lihat bayi saya?," pinta Tengku Dazrin.

"Sudah tentu boleh, Tengku Dazrin. Mari, saya tunjukkan biliknya," pelawa Dr. Farhan. Tengku Dazrin pun mengikuti langkah Dr. Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience