Bab 8

Drama Completed 977

Selama ini, Tengku Dazrin hanya meluangkan masa bersama Riyana. Adakalanya mereka makan tengah hari dan makan malam bersama. Riyana juga sering mengajak Tengku Dazrin untuk pergi ke taman, untuk menghilangkan penat Tengku Dazrin setelah seharian bekerja.

Hari itu, Riyana merancang untuk berjumpa dengan Tengku Dazrin di taman berhampiran tasik.

Kebetulan, Dr. Effa juga turut ke tasik itu untuk melepaskan rindu pada semua kenangan antara dia dan Tengku Dazrin.

Dr. Effa ternampak Tengku Dazrin sedang berseorangan di tasik itu. Dr. Effa rasa sungguh gembira. Dia ingin menghampiri Tengku Dazrin.

Belum sempat Dr. Effa mahu menghampiri, tiba - tiba kelihatan Riyana menghampiri Tengku Dazrin dengan dua batang aiskrim di tangannya. Dr. Effa berasa hampa.

"Thanks, sayang," kata Tengku Dazrin pada Riyana. Riyana hanya mengangguk sambil tersenyum. Dr. Effa yang melihat mereka berdua dari jauh hanya mampu menitiskan air mata. Kemudian, Dr. Effa berlalu pergi dari situ.

"Dazrin," panggil Riyana.

"Ya?," sahut Dazrin, yang sedang menikmati aiskrim itu.

"Kita kahwin?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience