Bab 1

Drama Completed 977

Macam biasa, hari - hari Tengku Dazrin pasti sibuk dengan urusan kerja di pejabat. Tapi, setiap hujung bulan dia pasti akan membuat pertemuan rahsia dengan Dr. Effa di tepi tasik. Mereka tidak boleh berjumpa terlalu kerap, kerana dikhuatiri rahsia perkahwinan mereka bakal terbongkar.

Pada waktu itu, Tengku Dazrin sedang sibuk mengendalikan urusan di pejabat. Tiba - tiba, telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

"Assalamualaikum. Tengku Dazrin at Official Government here. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?," kata Tengku Dazrin.

"Err... sayang. Tak perlulah formal sangat," kata pemilik suara yang bercakap dengan Tengku Dazrin melalui telefon itu. Dazrin berasa pelik. Mustahil itu isterinya, Dr. Effa. Dengar suara pun macam lain. Hmmm, jangan - jangan peminat Tengku Dazrin. Tanpa berlengah, Tengku Dazrin terus mematikan panggilan itu.

Tengku Dazrin terus mengubah status telefonnya untuk menghalang panggilan masuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience