Bab 4

Drama Completed 977

"DAZRIN?!,

Terasa bagai jantungnya luruh apabila melihat mangsa kemalangan itu. Dia adalah Dazrin, suami Dr. Effa!

"Cepat, cepat! Bawa dia ke ruang kecemasan!," kata para jururawat yang menguruskan Tengku Dazrin itu. Dr. Effa hanya mengekori para jururawat itu membawa Tengku Dazrin ke ruang kecemasan.

Dr. Effa membiarkan air matanya bergenang di kelopak mata, tapi dia sekali - kali tidak akan membiarkan air mata itu jatuh menitis ke pipi, kerana khuatir kalau ada yang curiga.

Sesampainya di wad, Dr. Effa dibenarkan memeriksa Tengku Dazrin yang tidak sedarkan diri.

Selepas beberapa minit, Tengku Dazrin tersedar.

"Aku... di mana? Kau... siapa?," kata Tengku Dazrin. Dia memandang Dr. Effa di hadapannya ini dengan pandangan keliru.

Akhirnya, air mata yang ditahan Dr. Effa menitis jua. Memang ini yang Dr. Effa takutkan dari awal. Kini, apa yang ditakutkannya benar - benar terjadi. Tengku Dazrin mengalami amnesia!

Dr. Effa cepat - cepat mengelap air matanya, tidak mahu Tengku Dazrin tahu yang dia menangis.

"Tengku, tolong bertenang. Tengku dalam wad kecemasan kerana tadi insiden kemalangan telah menimpa Tengku," kata Dr. Effa dengan tenang.

"Nurse!," panggil Dr. Effa. Sejurus kemudian, beberapa orang jururawat masuk ke wad itu. Dr. Effa mengarahkan mereka agar mengawasi Tengku Dazrin. Selepas itu, Dr. Effa meminta laluan untuk keluar dari wad yang menempatkan Tengku Dazrin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience