Bab 2

Drama Completed 977

Tengku Dazrin sudah menyelesaikan tugasnya pada hari itu. Kini, dia berniat mahu pulang ke rumah. Tengku Dazrin mengubah semula status telefonnya untuk membenarkan panggilan masuk, supaya Dr. Effa dapat menghubunginya. Ya, mungkin peminat yang menghubungi Tengku Dazrin tadi sudah jemu untuk menghubungi Tengku Dazrin lagi.

Tengku Dazrin ternyata silap. Perempuan yang menelefonnya tadi ternyata menghubungi Tengku Dazrin lagi.

"Hei, awak nak apa, hah?," tanya Tengku Dazrin dengan nada kasar.

"Alah, janganlah marah sayang," kata suara itu.

Dalam masa yang sama, Dr. Effa juga baru pulang dari hospital. Dalam hatinya, dia memang benar - benar merindui Tengku Dazrin. Dr. Effa pun mencapai telefonnya, untuk menghubungi suaminya itu. Tapi, telefon Tengku Dazrin tidak dapat dihubungi. Mungkin suaminya itu sibuk agaknya. Dr. Effa pun menutup telefonnya dan meneruskan pemanduan.

"Saya tanya betul - betul. Awak nak apa?," marah Tengku Dazrin melalui telefon.

"Saya cuma nak bagitahu, yang saya ada kat belakang awak, Tengku Dazrin. Saya ada kat belakang kereta awak," kata suara itu lagi.

Tanpa berlengah, Tengku Dazrin yang sedang memandu itu terus berpusing ke belakang.

"Eh, tak ada pun?,"

Tengku Dazrin memandang ke depan semula. Tiba - tiba, ada sebuah kereta sedang melintas di hadapan keretanya.

"DUM!!!,"

"Arghh!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience