Bab 5

Drama Completed 977

"Doktor, bagaimana keadaan Tengku Dazrin?," tanya seorang wanita yang memakai kaca mata hitam. Wanita itu memang dari tadi berlegar - legar di luar wad itu.

"Maaf. Boleh kita bercakap sebentar? Mari ikut saya ke bilik doktor," kata Dr. Effa. Tanpa berlengah, wanita itu terus mengikuti ke mana arah Dr. Effa pergi.

Kini, Dr. Effa dan wanita itu sudahpun berada di dalam ruangan bilik Dr. Effa. Wanita itu pula, apabila mendapati tiada sesiapa yang berlegar - legar di luar bilik itu, terus mengunci tombol pintu.

"Saya tahu, awak adalah isteri Tengku Dazrin. Betul kan?," tanya wanita berkaca mata hitam itu.

Dr. Effa terkejut. Bagaimana perempuan di hadapannya ini boleh tahu?

Wanita itu terus mendekati meja Dr. Effa.

"Saya akan rahsiakan perkahwinan antara awak dan Tengku Dazrin. Tapi dengan syarat, awak kena benarkan saya mengaku depan Tengku Dazrin yang saya adalah kekasih dia!," kata wanita itu.

Dr. Effa hanya diam. Dia cuba berlagak tenang dengan berpeluk tubuh.

Dr. Effa terpaksa bersetuju. Ini untuk kebaikan dia dan suaminya juga. Dia tidak mahu rahsia perkahwinan antara dia dan Tengku Dazrin terbongkar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience