BAB 13

Romance Completed 14880

Bibir mungil Sofea menguntum senyum dan dirinya betul-betul tenang sambil menggosok kandungannya berusia 7 bulan itu. Rustam teringinkan anak lelaki dan doktor telah mengesahkan anak dalam kandungannya itu adalah lelaki.

“Anakku, bila kamu udah lahir, ibu harap kamu juga seperti ayahmu, rajin dan berilmu agama. Ibu sayangkan ayahmu dan kamu adalah bukti cinta ibu bersama ayahmu itu,” bisik Sofea dengan terus mengosok kandungannya itu.

“Ayah dan ibu telah memilih nama yang terbaik buat kamu, nama kamu adalah Nur Firdaus. Kamu tahu nggak maknanya? Menurut ayahmu, Firdaus itu adalah nama sebuah Syurga yang paling atas. Nur pula maksudnya adalah cahaya. Indah sekali namamu itu sayangku, tidak sabar rasanya ibu mahu melahirkan kamu. Ibu mahu lihat wajahmu seganteng ayahmu itu dan kamu perlu menjadi seorang anak yang soleh yang selalu mendoakan kesejahteraan buat ibu dan ayah, ya?” kata Sofea lagi.

Tidak lekang dia menguntum senyum yang terindah ini. Kemudian dia menyambung melipat segala pakaian yang diangkat pada jemuran tadi.

Sekilas dia menjengah jam di dinding, sudah senja begini masih belum pulang. Selalunya dia akan menghubungi Sofea mengkhabarkan sebab kelewatan atau sebarang perubahan. Tapi sekarang tidak ada. Jantungnya berdetak kencang, seperti ada perkara buruk yang berlaku. Naluri seorang isteri dapat merasakannya.

Perasaan yang bersimpang siur itu terus reda setelah mendengar enjin kereta suaminya dari luar dan sedang membuka pintu pagar. Debaran tadi kembali sejuk dan dingin.

“Assalamualaikum…” ucap salam dari Rustam.

“Waalaikumussalam mas.. kok lambat pulangnya?” soal Sofea setelah melihat kelibat suami tercegat di muka pintu rumah.

Rustam tersenyum apabila melihat wajah isterinya yang sedang duduk di ruang tamu sambil melipatkan pakaian.

“Cuba lihat apa yang mas beli,” pinta Rustam sambil menghulurkan beg plastik kepada Sofea.

Lantas Sofea mencapainya lalu dibuka. Sorotan mata Sofea bersinar bila tertancap pada kotak kecil yang dibungkus cantik bersama barang lain seperti permainan kanak-kanak. Persiapan awal dibuat Rustam untuk anak yang bakal dilahirkan Sofea.

Lantas dikucup lembut dahi isterinya. Tidak lama selepas itu Sofea mengambil kotak kecil itu. mahu sahaj dibukannya tapi sengaja dihalang oleh suami.

“No no.. sayang tak boleh buka dulu but close your eye first honey..” pinta Rustam.

“Lagi ngapain mas, saya bingung, sudah dikasi tapi nggak bisa dibuka dulu..” gerutu Sofea lalu mencebik.

“Dengar kata mas, pejam mata tu dulu,” pinta Rustam lagi sambil tersengih.

Sofea memejamkan mata serapat-rapatnya. Rustam berpuas hati dengan cara Sofea pejamkan mata itu. Dalam seminit dua Sofea statik begitu gelisah menunggu kejutan yang ingin dibuat oleh suaminya.

“Sekarang buka,” suruh Rustam.

Sofea terus membuka deras matanya, terkejut melihat kek di atas meja.

“Selamat hari lahir sayang..” ucap Rustam yang telah membuatkan Sofea tersenyum bahagia kerana hari lahirnya disambut oleh suami tercinta. Hari lahirnya di sambut sederhana tapi penuh bermakna.

Jika sebelum ini hari lahirnya meriah dengan rakan-rakan hadir ke majlis sambutan hari lahirnya di rumah besar itu. Kemudian pula akan diraikan di kelab malam dengan diiringi dengan musik yang rancak.

Sungguh haru dirasakan. Lantas dia mendakap tubuh suami tercinta dengan lenangan air mata.

“Terima kasih mas kerana meraikan hari lahir saya,” ucap Sofea.

Rustam membalas dakapan isterinya seerat-eratnya.

“Cepat potong kek tu, biar abang suapkan kek tu nanti..” suruh Rustam sambil menggosok-gosok belakang isterinya itu.

Kemudian Sofea memotong kek coklat strawberi itu. Rustam menyuap kek tersebut buat Sofea dan begitu juga sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience