BAB 7

Romance Completed 14880

KERINDUAN terhadap Lucy menghentak-hentak di relung hatinya meskipun dia sudah berada jauh, jauh dari Kota Jakarta. Kini dia sudah kembali ke tanah air dan sudah pun sebulan berlalu. Cintanya itu telah tertinggal di Jakarta. Dia tidak akan kembali lagi ke sana.

Ingatannya terhadap Lucy harus dipadamkan supaya dia lebih berkeyakinan melakukan tugas harian sebagai seorang wartawan. Namun setiap kali dia cuba melupakan, setiap kali itu juga wajah Lucy terawang-awang di mata fikirannya.

“Tam! Apa yang kau menungkan tu, nanti sejuk air tu, minum cepat! kang nyamuk sempat bertelur palak dalam tu..” seloroh Khairie.

Lamunan Rustam terhenti setelah dikejutkan oleh kata-kata Khairie rakan setugasnya yang saat ini sedang melabuhkan punggung di Starbuck Times Square Kuala Lumpur.

Rustam hanya menggeleng sahaja.

“Apa kata lepas ni kita naik atas tengok wayang. Aku teringin nak tengok cerita Transformer dua tu, Fitri dan Naurah cakap cerita best..mereka dah tengok, tinggal aku je yang belum lagi..” kata Khairie.

Rustam mengerling lalu berkata.

“Aku tak suka tengok cerita tu..” balasnya.

“Habis kau nak tengok cerita apa?” soal Khairi.

“Aku nak tengok movie Ketika Cinta Bertasbih,” balas Rustam.

Khairie menggaru kepalanya. Hairan benar dengan cita rasa Rustam kali ini.

“Cerita tu dah lama keluar panggunglah,” ujar Khairie.

“Memanglah, tapi aku nak tengok kat rumah, aku dah beli dvd nya.” kata Rustam.

Khairie mengeluh panjang. Nampaknya terpaksalah dia menonton wayang seorang memandangkan dia sudah tidak ada buah hati lagi kerana Naurah sudah dirampas oleh Fitri. Meskipun dia tidak pernah melafazkan kata cinta pada gadis itu dan hanya syok sendiri namun minatnya terhadap Naurah masih bersisa. Biarkanlah dia simpan sahaja perasaan itu kerana dia yakin Naurah bahagia dengan Fitri sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience