BAB 9

Romance Completed 14880

SISA-sisa kenangannya yang kekal berbaki itu diamati. Direnung jauh-jauh dan membayangi Lucy ada bersamanya menonton movie Ketika Cinta Bertasbih yang dibelinya pada siang tadi. Pendukung cerita itu digambarkan sebagai Lucy, itulah yang dia anggapkan. Sengaja membina watak sendiri dalam movie tersebut.

Memiliki isteri solehah menjadi idamannya. Dia akan mendidik perempuan yang menjadi bakal isterinya nanti dengan ilmu agama yang dibekalkan. Rustam arif tentang ilmu agama dan sudah banyak kali dia khatam mengaji Al-Quran dan boleh menghafal 30 juzuk yang terkandung dalam kitab suci itu. Bekas pelajar Al-Azhar Mesir telah menjadikan dirinya begitu beruntung.

Cita-cita untuk menjadi seorang pengajar sudah tenggelam kerana minat untuk menjadi seorang wartawan mula timbul maka dia menyambung pelajarannya dalam bidang kewartawanan pula. Rezekinya sudah di situ dan sudah tertulis buatnya.

Menjadi wartawan liputan bukan tugas yang enteng, jadualnya kadang-kadang tidak menentu malahan sentiasa berubah-ubah dan dia redha dengan semua itu. Dirinya berasa seronok dengan tugas dan tanggujawab yang dipukul sekarang ini.

Biarpun selama ini dia menyibukkan dirinya namun sukar untuk dia lupakan Lucy, sesekali nama itu terpacul sendiri dari mulutnya tanpa sedar, malah sering kali termimpi-mimpikan Lucy hadir dalam hidupnya. Bila dibuka semula matanya, dia mengeluh, Lucy tidak ada kerana terus hilang dalam bayang-bayang itu.

‘Semalam kita bersama melayar bahtera dalam cinta.

Dan hari ini pula kita berduka kerana badai telah melanda jiwa.

Sampai bilakah kita bertahan apabila diuji sebegini rupa?’

Tercatat luahan rasanya yang tercipta dari sekeping hati yang resah dan bersulam dengan kerinduan yang teramat dalam sekali.

Tersiksa sungguh dirinya dengan semua ini. Terus menanti dan sampai bilakah kerinduan itu akan terubati dan dia sudah tidak tertahan lagi kerana cintanya hanya untuk Lucy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience