BAB 11

Romance Completed 14880

“MAS…kok menung, lagi fikirin apa dong?” sapa Sofea yang telah mengejutkan Rustam dan mengembalikan ingatannya pada dunia nyata.

“Eh! Sayang, mas teringatkan kisah dulu-dulu masa kita bercinta.” balas Rustam.

Pipi Sofea kemerahan setelah Rustam berkata begitu lantas ingatannya tertumpu pada kenangan itu di saat ini tercekik tulang ikan. Dalam keadaan kritikal itu Rustam sanggup menjolok jarinya ke dalam kerongkong Sofea manakala Sofea membiarkan saja demi meghilangkan kesakitan akibat tulang ikan itu. Ramai orang-orang di restoran berkenaan hanya memandang mereka, malah ada yang ketawa.

Rustam ketika itu juga teringatkan petua orang dulu-dulu iaitu dengan mengempal nasi dan terus ditelan. Itulah yang disuruh oleh Rustam kepada Sofea kerana menjolok jarinya ke dalam kerongkong Sofea itu hanya tindakan yang sia-dia. Cecair jernih di tubir matanya hanya menanti jatuh kerana menahan rasa ingin muntah dan tiba-tiba dia tidak tertahan lagi lalu tersembur muntahnya itu mengena baju Rustam.

Kala itu ramai pelanggan menjebih, jijik pula melihat muntah itu hingga ada yang tidak lalu makan namun pasangan itu hanya ketawa saja.

“Ayuh! Minum dulu mas,” pelawa Sofea yang tadinya membawa secawan kopi kegemaran suaminya itu sambil tersengih sendiri.

“Sayang, saat ini sayang bahagia tak?” tiba-tiba sahaja soalan itu ditanya oleh Rustam sebaik isteri tercintanya melabuhkan punggung di sisinya dalam bersama-sama menikmati suasana kampung rumah peninggalan arwah ibu dan ayahnya itu.

Perkahwinan mereka berlangsung di desa tercinta ini.

“Bahagia bangat, kenapa dong mas tanya kayak gitu?” soal Sofea semula.

Lantas Rustam mengenggami tangan isterinya itu dan dicium berkali-kali menunjukan kasih sayangnya. Kemudian Sofea juga berbuat demikian lantas dia menapak telapak tangan suaminya ke pipinya pula.

“Minggu depan kita balik ke Kuala Lumpur, ya. Mas kena sambung kerja,” kata Rustam mengingatkan isterinya tentang tanggugjawabnya itu.

Sebagai isteri yang solehah dia perlu mengikut kehendak suaminya. Maka dia mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience