BAB 14

Romance Completed 14880

Hanya satu permintaan Rustam, Sofea, tidak dibenarkan membuka kotak tersebut. Suaminya meminta dia membuka pada 7hb Jun ini. Sofea selalu tertanya-tanya kenapa dengan tarikh itu baru boleh dibuka kotak hadiah ini. Dia pernah memujuk suaminya supaya memberitahunya. Tapi Rustam berkata, bila sudah tiba tarikh itu Sofea akan tahu. Tinggal seminggu sahaja lagi. Dia perlu bersabar dan setia untuk tidak membuka terlebih dahulu. Kotak itu tersimpan di atas rak meja soleknya.

Hari-hari yang dilalui diselubungi dengan pertanyaan itu. Dan sikap Rustam tidak menunjukkan sebarang keganjilan cuma soal itu sahaja yang membebankan kepalanya.

Akhirnya tarikh yang dinanti pun tiba, Sofea melangkah bersama kotak kecil itu ditangannya untuk menemui suaminya yang sedang berada diruang tamu.

Di situ dia melihat suaminya bersandar di sofa sambil memejam rapat matanya. Dia menduga suaminya telah terlena di situ, mungkin kepenatan.

“Mas..” panggilnya.

Rustam diam.

“Mas..” panggilnya sekali lagi.

Namun Rustam hanya mendiamkan diri sambil mata terpejam rapat dan tidak bergerak.

“Mas….!” Pekiknya.

“Astarghfirullah Al`adzim… terkejut mas..” ucap Rustam mengucap panjang kerana tersentak dengan laungan itu. Lalu Rustam menoleh melihat wajah lembut Sofea setelah mengusap wajahnya.

Sofea tersengih sahaja tapi sekejap-sekejap dia mencebik.

“Mas, bisa dibuka nggak kotak ini?” soal Sofea yang sudah tidak sabar-sabar lagi ingin tahu apakan yang ada di dalam kotak tersebut hingga menjadi rahsia yang membingungkan kepalanya selama seminggu.

Rustam melepaskan keluhan yang tersangat berat. Dia serba salah untuk membiarkan isterinya membuka kotak itu. Rustam kemudiannya terbungkam.

Sofea melutut di sisi suaminya dan mahu meminta izin untuk membuka kotak tersebut.

“Mas, bisa nggak dibuka ni?” soal Sofea lagi.

Rustam menggeleng.

“Gimana ni? Dulunya bilang bisa dibuka hari ini, kok masih digeleng saja?” gerutu Sofea yang bekerut dahi dengan tiba-tiba.

Rustam memuncungkan mulutnya.

“Mas… apa rahsia yang cuba mas sembunyikan dari saya? Mas harus bilang sama saya sekarang jugak..” tiba-tiba Sofea memaksa suaminya berlaku jujur.

Sofea bersikap aneh. Kenapa terjadinya perkara ini. Dia sudah tidak sabar membukanya tapi Rustam pula seperti tidak mengizinkannya.

“Tunggu apa yang mas nak cakapkan ni” soal Rustam.

Sofea terlopong. Dirinya memang sedia menunggu.

“Pertama, sayang memang jujur dan setia dan sentiasa ingat pada tarikh tersebut baru boleh dibuka kotak itu. Keduanya, setelah tibanya hari ini sayang telah menemui abang untuk meminta izin abang bagi membuka kotak tersebut, abang begitu berbangga kerana memiliki seorang isteri yang taat.” ucap Rustam.

Sofea berasa terharu mendengarnya. Dia sendiri tidak dapat menilai dirinya melainkan si suami sendiri. Dia sedaya upaya menjadi seorang isteri yang solehah buat suaminya. Akhirnya dia tahu tujuan sebenar suaminya itu.

“Tapi…” tiba-tiba Rustam masih bertapi-tapi lagi membuatkan Sofea terangkat kening.

“Mas terkilan sikit..”

“Apa mas?”

“Sebab hingga saat ini pun awak tidak ingat bahawa tarikh itu adalah merupakan hari lahir mas.” Rustam terus menunduk laju kepalanya.

Sofea tercengang. Hatinya diruntun rasa bersalah seakan bertan-tan batu konkrit menghempap tubuhnya. Isteri seperti apa dirinya ini yang hanya mementingkan diri. Sungguh dia tertunduk malu.

Permata Untuk Isteri – Kopratasa
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience