BAB 8

Romance Completed 14880

RUSTAM terkulat-kulat di Starbuck, berkali-kali dia memandang telefonnya yang diletakkan di atas meja. Saat ini dia sendiri kerana Khairi telah pergi menonton wayang seorang diri. Dia malas menemani kawannya itu lagipun dia memang kurang berminat dengan cerita begitu.

Telefon berkenaan hanya dipandang sahaja kerana sampai ke hari ini dia tidak dapat menghubungi Lucy dan hanya berharap Lucy dapat menghubunginya namun harapannya itu seperti sia-sia sahaja.

‘Aku sanggup menanti seribu tahun lagi untuk bertemu lagi dengan gadis sepertimu, biarpun pada masa-masa kelahiran yang akan datang biarkanlah cinta ini berakhir dengan bahagia. Aku tidak sanggup terus hidup begini menanggung kerinduan terhadapmu sayang,’ kata hatinya.

Tidak dapat dibendung lagi rasa rindunya terhadap gadis Indonesia itu. Biarpun berlainan agama namun dia telah pun jatuh hati, dia terpaut dengan sifat cekal yang ditonjolkan oleh Lucy. Dia tahu Lucy masih cintakan dia dan tidak akan berkahwin dengan Andrey.

Dia teringat lagi kata-kata Lucy berkenaan Andrey yang mengatakan kenapa dia tidak dapat mencintai Andrey.

“Kenapa awak tidak menerima lamaran dia, bukanah dia cukup tampan?” soal Rustam.

Lucy berkerut dahi.

“Ya, tampan dan ganteng bangat, kerana itu dia sering menjadi kegilaan ramai lelaki sejenisnya. Apa kamu mahu saya menikah dengan lelaki homo?” soalnya dan Rustam agak terkejut mendengarnya.

Dunia akhir zaman.

“Oh! Begitu ya?” balas Rustam separa soal.

“Asalkan kamu tidak..” kata Lucy.

“Minta dijauhkan..” kata Rustam.

Lucy tergelak sendiri.

“Saya yakin kamu bukan kayak gitu,” kata Lucy yang memiliki sepasang mata yang sungguh cantik.

“Agama saya melarang keras berhubungan sesama jenis dan saya telah pun dididik dengan ilmu agama Islam. Insya-ALLAH, semoga TUHAN saya melindungi saya,” balas Rustam.

Lucy mendengarnya dengan penuh rasa kagum dan berminat ingin tahu apa yang Rustam lakukan sebelum ini. Dia mahu mengenali hati budi lelaki Rustam yang telah menyelamatkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience