BAB 1

Romance Completed 14880

Terciptalah dalam lipatan sejarah hidupnya bahawasannya hari ini merupakan hari yang begitu bahagia buat Rustam kerana telah diijab kabulkan dengan seorang wanita yang begitu dicintainya iaitu Lucy H. Jonathan atau nama Islamnya Sofea Abdullah. Sungguh berseri-seri wajah pengantin baru ini dengan segaknya dia bertanjak dan juga begitu cantiknya pula Sofea apabila didandankan dengan gaun berenda putih dan mengenakan veil sarat dengan mutiara dan batu Swarofski.

Wajah suci itu ditatap berkali-kali oleh Rustam di birai katil yang dihias cantik. Rustam kini bergelar suami yang sah buat Sofea dan begitu juga Sofea telah diikat sebagai seorang isteri buat jejaka itu.

Rustam merapati isterinya yang termenung jauh. Fikiran Sofea menerawang entah ke mana. Suaminya itu mahukan keceriaan dipamerkan oleh Sofea bukannya menonjolkan wajah usang di malam pertama ini.

Usahlah dirosakkan malam ini dengan berkerut dahi tetapi berikanlah senyuman manis tanda rela hatinya itu yang telah dinikahi Rustam. Demi cinta, Sofea sanggup tinggalkan keluarganya malah meninggalkan ajaran yang dianutinya selama ini.

Saat ini sudah halal sentuhan, sudah sah perkahwinannya di sisi hukum syarat. Sofea kini beragama Islam dan Islam ini juga membolehkan dia bersama dengan Rustam. Tapi kenapa wajah Sofea seperti takut-takut sahaja.

“Sayang, kenapa nampak muram saja? Sayang tidak bahagiakah berkahwin dengan mas?” Rustam menutur katanya kerana gusar melihat wajah isteri tercintanya itu.

Sofea menundukkan wajahnya. Cuba disembunyikan reaksi wajah usang itu. Berkali-kali dia cuba mengukirkan senyuman namun bibirnya senang diketap lembut.

Pertanyaan itu dibiarkan sahaja oleh Sofea tatkala Rustam mahukan penjelasan. Kenapa isterinya statik begitu.

Segera Rustam menguis dagu lembut isteri tersayang untuk ditatap wajah itu dan untuk dipandang sedalam-dalamnya mata ayu Sofea.

Kala ini Sofea tidak mampu bertentang mata dengan suaminya. Entah kenapa terasa panahan mata Rustam begitu berbisa sekali. Walhal sorotan mata itulah yang telah membuatkan dia jatuh cinta. Dia tergoda, dia terpersona dan dia terpaku dengan reaksi itu. Renungan mata Rustam bercahaya hingga menyinari relung hatinya. Tapi mengapa kini tidak sanggup ditatapi wajah Rustam itu?

“Sayang, andai pernikahan ini tidak kau relakan, maka mungkin malam ini adalah yang terakhir buat kita,” kata Rustam yang kemudiannya mengeluh panjang.

Sofea terus mengangkat dagunya dengan sedaya upaya cuba memandang wajah Rustam.

“Tidak mas, sebenarnya saya senang bersuamikan kamu, tapi saya karget mas, karget dengan apa yang telah saya lakukan ini..” ujar Sofea.

Rustam terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir lembut Sofea.

“Shhhh, jangan ucap apa-apa lagi, jikalau Sofea tidak suka, mas boleh tidur di luar saja..” balas Rustam.

“Jangan mas, tidurlah di sini, temani saya..masakan sudah jadi suami Sofea tapi masih mahu tidur sendiri. Nggak usah ah..” balas Sofea.

Rustam tahu Sofea masih diburu rasa serba salahnya di atas segala keputusan yang diambil dan dalam masa yang sama isterinya itu perlukan Rustam terus berada di sisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience