BAB 2

Romance Completed 14880

PAGI yang indah dengan kicauan burung berlagu riang mendamaikan keluhan di hati Rustam. Hari ini sudah genap 4 hari dia bergelar pengantin baru dan bergelar suami kepada Sofea. Di beranda rumah dia termenung jauh hingga sampai ke Kota Jakarta fikirannya mengingati semula detik pertemuan dia bersama Sofea Abdullah.

“Kamu mahu ke mana sih?! Ke sini kamu!!” bentak Andrey lelaki campuran darah Belanda dan Cina itu sambil memaut kasar tangan Lucy.

Kekasaran yang dilakukan itu tidak disenangi oleh Lucy. Langkahnya terhenti setelah Andrey memaut tangannya. Dia segera menoleh dan merenung tajam ke arah lelaki itu.

“Jangan kau campuri urusanku! Pergi!” kata Lucy.

“Aku nggak mahu pergi!” kata Andrey.

Lucy merengus geram.

“Lepasin aku! Goblok!” cetus Lucy.

Andrey menguatkan genggaman tangannya itu. Lucy meronta agar tangannya dilepaskan.

“Kenapa kamu hah?! Kenapa kamu nggak mahu menikah sama aku?! Adakah aku tidak cukup sempurna buat kamu?” soal Andrey yang begitu geram kerana lamarannya ditolak oleh Lucy.

Dalam keadaan ini Lucy tidak mahu berkata-kata lagi. Cukuplah Andrey tahu bahawa dirinya sudah menolak lamaran itu.

“Katakan! Aku mahu dengar!” pinta Andrey.

“Lepasin aku!” pinta Lucy.

Andrey mempamerkan wajah bengis.

“Aku bilang lepasin aku!” pinta Lucy lagi.

Andrey tidak lepaskan.

Lucy bertindak di luar kawalan. Dia meludah ke wajah Andrey menyebab dia menerima habuan yang setimpal dengan tindakannya. Lucy ditampar di depan mall.

Lucy kesakitan setelah ditampar lelaki itu.

“Brengset kamu!” carut Lucy menanggung sakit dan malu.

“Jangan berani-berani kamu bilangi aku begitu! Awas kamu!” ugut Andrey.

Rustam yang saat ini sedang meneguk secawan kopi di restoran yang berdekatan dan memerhatikan sahaja insiden itu. Dia tidak mahu masuk campur urusan orang-orang di situ tambah pula ini bukan tanah airnya. Tanah Jakarta dipijak atas dasar urusan kerja. Tugas wartawan memang begini setelah dipinta untuk berada di sini membuat liputan semasa dia harus menurut kerana ini adalah mata pencarian rezekinya.

Tapi lelaki sepertinya tidak mampu melihat wanita itu ditampar berkali-kali tanpa belas. Orang lain yang lalu lalang di situ tidak juga mencampuri insiden itu. Dan pada mula dia memang tidak mahu masuk campur tapi keadaan itu telah membuatkan dia sedar, tindakan lelaki itu telah mencabuli hak asasi wanita. Maka dia terpaksa melangkah deras untuk mendekati mereka yang sedang bertengkar supaya perkelahian itu dapat dileraikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience