BAB 6

Romance Completed 14880

KEMURUNGAN yang dihadapi Lucy begitu mencengkam jiwanya. Kerinduan yang amat mendalam terhadap Rustam telah membuatkan dirinya jadi begini. Dirinya dikurung oleh ayah sendiri. Tidak boleh keluar rumah dan tidak boleh ke mana-mana melainkan dia bersama Andrey sahaja. Jonathan mahu Lucy berkahwin dengan Andrey.

Sungguh tergamak Janathan membiarkan Lucy tersiksa. Rumah besar ini bagaikan sebuah penjara. Hidupnya tertekan.

Lucy tidak dibenarkan menggunakan telefon malahan telefon bimbitnya juga turut dirampas oleh Jonathan.

“Papa nggak mahu kamu berhubung dengan dia lagi, ingat Lucy! Kamu adalah anak papa, jesteru itu kamu jangan ingkar arahan yang papa berikan, kalau kamu ingkar jugak, kamu akan terus begini selama-lamanya,” pesan Jonathan.

“Papa nggak sayang lagi pada Lucy! Selama ini papa bohong! Papa bilang akan menurut apa kemahuan Lucy! Tapi ini apa? Papa mengkhianati janji-janji papa sendiri! Gimana lagi Lucy mahu patuh pada papa?” bentak Lucy dengan sepenuh hati.

Kekecewaan ini tidak dapat ditelan dengan mudah. Jonathan memang tidak memahami kehendak hatinya.

“Kerana papa mahu kamu menikah sama Andrey, dia lebih layak buat kamu dan lihat saja perusahaan yang dia miliki itu. Dengan kekayaan seperti itu, dia bisa membuatkan hidup kamu bertambah senang sayang.. dia bisa juga berikan kamu kebahagiaan..” kata Jonatahan dengan lembut.

Lucy merengus geram. Betapa papanya itu hanya mementing kekayaan semata-mata sedangkan hidupnya tidak pernah tenang dengan semua ini. Biarpun memiliki rumah sebesar ini dan mobil semewah itu tidak dapat menjaminkan kebahagiaan.

“Papa ingat kebahagian Lucy dapat dibayar dengan uang? Gitu?!” ujar Lucy yang saat ini terus bangun dari katilnya dan terus merenung ke luar tingkap.

Jonathan mendekati anaknya dan memaut lembut bahu anaknya dengan usaha ingin memujuk dan melembutkan hati Lucy.

“Sayang..lihat papa.. dan renung mata papa,” kata Jonathan.

Lucy terus menoleh dan memandang wajah papanya.

“Mata papa ini bisa lihat di mana letaknya bahagia buat kamu, jodoh kamu adalah bersama Andrey, bukannya lelaki yang kamu kenalkan pada papa itu. Dia tidak punya apa-apa, dia bukan penduduk Negara ini dan Papa nggak mahu anak papa hidupnya nanti dihimpit dengan kesusahan.” ucap papanya itu.

Lucy mengangkat kening. Dia tidak mahu disatukan dengan Andrey seorang lelaki yang berlagak baik tapi sebenarnya dia bukan begitu. Ada perkara yang menyebabkan dia tidak dapat menerima Andrey meskipun lelaki itu memiliki kekayaan dan menjalankan usaha sama dengan syarikat papanya.

Kali ini dia harus menyatakan kebenaran di sebalik semua itu. Rahsia Andrey kepada Jonathan. Biar papanya itu tahu hakikatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience