BAB 4

Romance Completed 14880

NAFAS Rustam di bumi Jakarta terus segar dengan kehadiran Lucy dalam hidupnya. Si gadis itu sering kali mengambil tahu akan khabarnya. Tidak cukup bertemu, mereka berbual pula di telefon.

Sekarang sudah sebulan dia berada di Kota Jakarta, di kesempatan itu, dia dapat juga melawat banyak tempat-tempat menarik di sini. Jakarta kota metropolitan di Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk yang teralu tinggi nisbahnya kalau hendak dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Namun Rustam tetap berbangga menjadi anak Malaysia kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, maka baik lagi di negeri sendiri.

Kemesraan antara mereka berdua tidak dapat disangkalkan lagi. Lucy mahu memperkenalkan Rustam pada ahli keluarganya.

Perasaan malu dan segan bersarang di benang hati Rustam ketika ini kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan ahli keluarga Lucy.

“Ayuh..” pinta Lucy.

Rustam agak kaku di situ setelah keluar dari perut kereta Lucy. Rumah yang didiami oleh keluarga Lucy yang begitu mewah sekali. Di dalamnya terdapat kolam renang dan taman. Rumah banglo tiga tingkat ini tersergam indah. Pertama kali dia akan dibawa bertemu dengan orang tua Lucy.

Pertemuan yang tidak boleh dianggap enteng kerana sebarang kemungkinan pasti berlaku. Saat ini juga Rustam berkata-kata di dalam hatinya.

‘Boleh ke mak dan ayah dia menerima kedatanganku? Adakah mereka merestui aku berkawan dengan anaknya? Lucy ni memaksa aku datang bertemu pulak dengan orang tuanya, aduha! Tiba-tiba saja jantung aku berdetak kencang. Aku seperti dapat rasakan akan wujud sesuatu yang tidak baik..’ dugannya.

“Mas, ayuh masuk..” pinta Lucy yang berdiri di muka pintu pagar yang terbuka secara automatik itu.

Rustam mengangguk perlahan dengan menelan deras air liurnya. Hatinya dirundung kebimbangan yang jelas terpancar dari rauk wajahnya. Kemudian dia menguntum senyum kerana sengaja mahu menyembunyikan resah itu dari pandangan mata Lucy gadis berbangsa Cina itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience