BAB 5

Romance Completed 5199

“Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Dalina Hana?”

Tanpa melihat siapa yang memanggilnya, Dalina terus menjawab panggilan itu memandangkan dia sedang sibuk dengan tugasnya yang memerlukan lebih perhatian.

“Hello, ya Dalina bercakap... Boleh saya tahu siapa yang bercakap di hujung sana?”

20 saat berlalu dan masih tiada kata yang kedengaran dari pemanggil di hujung talian sana. Yang kedengaran hanyalah deruan nafas si pemanggil yang masih tidak diketahui namanya itu. Deruan nafas yang kedengaran bagaikan tersekat-sekat, lembut tapi... penuh dengan masalah dan sesuatu yang tidak dapat untuk dipastikan.

“Dalina, maafkan saya ye sayang. Maafkan saya sebab buat sayang sedih... Sebab buat sayang tertanya-tanya selama ini. Saya tak ada niat pun sebenarnya nak tinggalkan awak sayang.”

Sekarang barulah Dalina tahu, siapakah pemanggil di hujung talian itu. Mendengar setiap bait ayatnya sahaja dia sudah dapat mengagak, lantas Dalina berura-ura ingin meletak telefon yang sedang melekap elok di telinganya itu. Tetapi si pemanggil bagaikan dapat meneka, lantas segera menghalang perbuatan gadis ayu itu.

“Alif Fikri!”

“Yes, Alif speaking here... sayang. Please... come back to me. I need you now and ever, I really need you in my life. I don’t want to loose you. Saya tak mampu kehilangan awak lagi.”Rayu Alif.

“I knew it long time ago, since a week after you do that to me... You think it’s easy for me to forgive you like that. Awak dah silap besar Alif. Saya memang boleh maafkan awak and I’m not gonna be with you anymore.Tak kan sampai bila-bila pun!”

“Sayang, sayang please... Please don’t do this to me. Saya sanggup buat apa je asalkan awak kembali pada saya semula. Saya janji, saya janji sayang... Saya takkan hampakan awak lagi. Kita kembali macam dulu ya.”

Alif Fikri menangis air mata darah Sekalipun sambil melutut pada Dalina, gadis itu tidak akan mudah menerima Alif sepertimana dahulu.Dia sudah tawar hati hendak kembali kepada lelaki itu, sudah tidak ada sekelumit pun rasa cinta dan kasih buat lelaki itu di hatinya. Yang tinggal hanyalah amarah yang kian pudar ditelan detik waktu yang bergulir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience