BAB 7

Romance Completed 5199

Mungkinkah kerana suasana bilik itu yang sedikit tegang, atau Dalina yang terlebih fikir akan hal itu hingga membuatkan kepalanya terasa pening dan tanpa isyarat dia rebah... rebah menyembah bumi di pejabatnya.

Mujur pada saat itu teman sepejabatnya Yusri sempat tiba dan menyambutnya daripada terjatuh menyembah pintu office yang sudah sedia ternganga luas itu... Azni yang terlihat tidak mampu berkata apa, hanya mampu terkaku sementara Yusri membawa Dalina masuk ke dalam pejabatnya untuk dibaringkan di atas sofa yang terletak elok di penjuru bilik itu.

“Apa yang terjadi pada Dalina? Segera bawakan air. Azni, awak duduk sebelah dia. Kipaskan dia supaya ada udara. Jangan kemana-mana dan duduk sini tengokkan Dalina.”

“Errr... oo... ok Mr. Yusri” Azri kaku tidak mampu bersuara, takut dengan riak bosnya Yusri yang tidak seperti sebelumnya.

Kamalia yang sedang menapak masuk ke dalam ruangan pejabat itu sambil membawa segelas air dan sebotol minyak angin dalam genggamannya sudah dapat mengagak apakah punca ketegangan yang jelas tergambar di raut wajah Yusri yang kacak itu.

‘Haihh, ni mesti sebab Aif Fikri lagi ni... kalau tidak, masakan Dalina akan pengsan sampai sebegini sekali dan takkan lah Encik Yusri nak buat muka ketat macam tu.’

Keheningan mulai terasa apabila Raifaa memasuki bilik pejabat Dalina yang hanya berdindingkan kaca itu. Azni yang ada dalam ruangan itu hanya diam tidak berkutik selepas melihat ketegangan di wajah Yusri. Nyata dia takut melihat wajah itu merah menahan amarah di hati.

Siapa yang tidak marah apabila rumah tangga yang baru dibina tidak sampai tiga bulan sudah mula diganggu oleh orang lama, apatah lagi apabila Yusrisudah mula menyayangi gadis muda itu sepenuh hatinya. Gadis yang berjaya mencuri hatinya pada pandangan pertama lagi.

Yusri sudah tidak betah untuk membiarkan Alif Fikri kembali dalam hidup suri hatinya, dia tidak sanggup andai gadis itu dirampas dari dirinya. Dirampas hanya kerana sisa kenangan cinta lama yang tidak mungkin akan kembali. Dalina Hana adalah penyeri hidupnya, yang menceriakan kembali suasana hidupnya yang pernah muram suatu saat dahulu.

Rumah tangganya harus dipertahankan.

Dalina Hana miliknya bukan milik Alif Fikri. lelaki tak guna itu sudah lama mati bagi Dalina!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience