BAB 9

Romance Completed 5199

Betul tu, orang tua-tua selalu kata jangan terlalu membenci, kelak akan jatuh hati dan realitinya, Alif Fikri berjaya membuatkan hati kecil Dalina HAna tersungkur padanya. Benci yang ditanam dalam hati Dalina kini mulai berubah menjadi suatu rasa yang tak dapat ditafsir, suatu rasa yang kadang menggetarkan hatinya tatkala Alif menghubunginya. Namun apa daya, dia hanya insan yang lemah yang tidak menyangka bahawa Alif punya agenda lain disebalik perhubungan itu...

“Waahh, bestnya... siapa lagi yang join camping tu...?? Nanti nak pergi camping tu berapa lama erkk, ada instructor tak...??”

“Budak-budak kelas kita ada 15 orang yang pergi, termasuk sayangs kamu ni... budak kelas kamu dua tiga orang je kot yang join sekali, kalau nak join sekali jomlah... tapi tanya dekat mak ngan abah dulu, ok...”

“Maakk, nak ikut dorang camping kat Air Terjun Papan boleh tak mak...?? Boleh tak, boleh tak, bolehh takk...?? Boleh laa...”

“Ikut kamu laa kak long, janji jangan sampai tak study untuk exam nanti sudah..mak tak nak kamu gagal SPM nanti, faham tu sudah...”

“Muchas gracias mami, love you...”

“Sayang, bila nak pergi dan berapa hari nak pergi camping tu...??” “Jumaat minggu depan, 16 haribulan kita gerak pergi camp site, konvoi ramai-ramai... camping dekat sana dua hari satu malam je...”

Malam itu seharusnya DAlina menghantar teks pesanan ringkas buat Alif tetapi dek kerana gembira dapat mengikuti aktiviti camping yang akan diadakan minggu berikutnya dia jadi lupa.

Lupa akan janjinya untuk menghantar mesej buat Alif, dan pasti saja lelaki itu akan sedikit berkecil hati dengannya dan mungkin akan timbul pertelingkahan kecil di antara mereka... Alif, Dalina sudah mampu menebak perangainya saat dia baru mengenali lelaki itu dua bulan yang lalu.

Menghampiri detik dua belas tiga puluh minit pagi, barulah Dalina sedar yang dia langsung tidak menghantar sebarang mesej buat Alif. Berkali dia menelefon lelaki itu, tetapi masih saja tiada sebarang jawapan darinya.

Detik berganti detik dan tanpa Dalina sedar, jam sudah menunjuk ke angka tiga pagi.Dia sudah mati kutu, tidak tahu bagaimana hendak memujuk lelaki itu agar tidak merajuk dengannya lagi. Tiba-tiba, telefon bimbit Dalina berdering nyaring tanda ada panggilan masuk.

“Hello, Assalamualaikum.awak... awak sorry tau awak, saya betul-betul lupa nak mesej dekat awak. Lepas Isyak tadi saya ada discussion dengan member pasal presentation lepas cuti nanti, settle je discussion...”

“Banyak laa alasan kau kan, discussion laa, ape laa... kau ingat aku tak tau yang kau ada jantan lain, ingat aku bodoh sangat.”

“Ehh, awak cakap apa ni hah...?? Apesal yang awak nak main tuduh-tuduh saya tanpa usul periksa ni, ke dah ada cukup bukti sampai awak nak kata yang saya ada jantan lain kat belakang awak...??”

‘Aaarrgghhh, sia-sia je aku berjaga sebab nak pujuk jantan ni... alih-alih dia nak marah aku pulak, siap kata yang aku ada simpan jantan kat belakang dia... apa, ingat aku ni murah sangat ke nak layan jantan yang bukan muhrim dengan aku...’

Eerrgghhh, dah tak ada kerja agaknya kut... tak habis-habis nak cari gaduh dengan aku, asyik dia je laa yang betul dalam semua hal... aku ngan orang lain, semuanya salah...

“Kau ni sama je dengan perempuan tu, tak sah kalau tak main jantan lain dekat belakang aku kan... Ingat aku ni apa, tunggul ke apa yang kau boleh layan macam kayu je...”

“Awak kalau ingat nak marah saya tak tentu pasal macam ni, lebih baik kalau awak letak je phone awak ni dan pergi tidur... tu lebih baik dari awak cari alasan untuk menyakitkan hati dan jiwa saya pagi-pagi buta macam ni, tak ada gunanya awak faham tak...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience