BAB 11

Romance Completed 5199

Bagi Dalina, Alif Fikri sudah lama mati... sudah tidak wujud dalam helaian kisah hidupnya lagi, dan dia tidak mahu tahu apapun yang berkaitan dengan lelaki itu... padanya, biarlah walau apapun yang terjadi kepada lelaki itu, dia sudah tidak mahu ambil tahu.

Biar apa jua yang berlaku, dia sudah tiada kaitan dengan lelaki bernama Alif itu... bahkan dia sudah tawar hati untuk mengambil tahu tentang lelaki itu, puas dia cuba menyingkirkan bayangan wajah Alif sehinggalah dia berjaya melakukannya setelah hampir setahun masa berlalu dengan pantasnya.

Skrin telefon bimbit yang berdering nyaring dipandangnya sekilas sebelum dia menjawabnya, terasa sedikit pelik kerana nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu bukanlah dari senarai yang ada dalam phonelist Shaarzanaa..

“Hello, siapa ni...?? Boleh saya tau awak nak cari siapa...??”

“Hello, assalamualaikum... boleh saya bercakap dengan Cik Dalina.”

"HAfiz ?’

“Apa lagi yang awak nak cakap kali ni, apa lagi yang awak nak tipu bagi pihak dia kali ni untuk menutup segala niat keji dan tak bertamadun dia tu? Awak memang sanggup bukan jadi kuli dan alat untuk dia permainkan saya, untuk dia perbodohkan... saya dah muak diperbodohkan dan dilukai HAfiz. Saya dah tawar hati nak ambil tahu pasal apa-apa pun jugak... jadi awak tak perlu nak jadi agent yang akan tolong update status dia pada saya...”

“Dengar cakap saya dulu Dalina awak tolong dengar dulu apa yang saya nak cakap pada awak ni... saya tak nak awak anggap saya sebagai kuli dia, sebagai suatu alat yang hanya digunakannya untuk menghancurkan perasaan awak semata-mata. Dalina saya nak awak tau yang saya juga dah ditipu oleh dia hidup-hidup... saya juga mangsa keadaan sama seperti awak yang tak tahu dan tak jangka apa-apa, saya pun tak sangka yang dia akan perbodohkan kita berdua. Sumpah Dalina kalau saya tau dari awal lagi pasal rancangan dia tu... saya takkan biarkan dia memperbodohkan kita dengan cara ni, dan pastinya hati awak takkan terluka kalau awak tak mengenalinya langsung kan...”

Keputusan Alif untuk memutuskan hubungan dengan Dalina sememangnya suatu keputusan yang kurang bijak... kerana setelah memutuskan hubungan dengan DAlina, Hani mula menimbulkan masalah buatnya seperti dahulu..dan tidak lama selepas itu, Hani meninggalkan Alif untuk lelaki yang dicintainya... yang lebih baik kerjanya dari Alif dan lebih kukuh kedudukan ekonominya berbanding Alif.

Alif telah tersalah langkah dengan memilih kaca berbanding permata yang ada dihadapannya suatu ketika dahulu, dan dia telah kehilangan permata berharga itu buat selamanya. Hani yang disangkanya permata berharga, rupanya hanyalah kaca semata... kaca yang mampu mencederakan ramai orang bila ia pecah berderai...

“Maafkan saya sebab bersetuju dengan idea dan rancangan kurang bijak Alif suatu ketika dulu."

“Tak perlulah kita bercakap soal ni lagi Hafiz, semuanya dah jelas di sini sekarang ni... dan saya dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi, kalau boleh saya nak dia dan semua tentang dia tu tak pernah wujud dalam hidup saya, bukan kini, dan juga bukan untuk selamanya. saya harap awak faham.”

Dan kini, hancurlah sudah kisah kasih antara ALif dan Dalina dek kerana egonya dan juga rasa cinta membuta tuli ALif yang diikrarkan hanya untuk Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience