BAB 6

Romance Completed 5199

Hatinya sudah keras, kering dek penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Alif Fikri terhadapnya suatu ketika dahulu. Masa tiga tahun dibazirkan hanya untuk menanti kepulangan Alif yang hanya sia-sia, akhirnya dia sudah tidak betah menanti lagi. Perasaan yang dulu masih bisa berbunga, kini tinggal hanya kenangan dan impian semata.

Alif menelefon Dalina lagi. Ditolak sekali bukanlah bermakna dia tidak dapat memujuk Dalina. Oleh itu dia menelefon semula untuk merayu kepada Dalina supaya kembali kepadanya.

Biar pun sudah diketahui respon Dalina, Alif masih mahu encuba. Biar pun dia hanya terkenangkan Hani selalu tapi Dalinalah yang banyak mengambil berat tentang hal dirinya dan itulah yang baru dia sedari.

“Sayang, sayang please. Jangan buat saya macam ni please. Saya sayang awak sangat-sangat... Saya tak boleh hidup tanpa awak di sisi saya Dalina. Saya perlukan awak dalam hidup saya dalam setiap desah nafas saya.”

“Huhh, awak dah tak boleh nak perbodohkan saya Alif. Kalau dulu, awak boleh nak bermanis mulut dengan saya tapi tidak sekarang Alif. Saya dah tawar hati dengan perangai awak."

“Dalina Hana please, balik pada saya dan saya janji yang saya takkan hampakan awak seperti tiga tahun lepas. I swear sayang.”

“Tidak lagi Alif. Awak dah saya umpamakan seperti ‘sorang pesakit yang bila sakit dia perlukan ubat yang mampu menyembuhkan dirinya, namun bila dah sembuh... dia akan tinggalkan ubat tu dan kembali pada virus yang menyebabkan dia sakit, kemudian bila dia sakit balik dia akan kembali mencari ubat itu... tapi ubat tu takkan berkesan dah buat menyembuhkan penyakitnya sebab kali ni virus tu makin kuat”

“Tapi saya...”

“Sudahlah Alif. Saya dah tak nak dengar semua tu lagi. Lebih baik kalau awak pergi terus dari hidup saya sebab saya dah tak boleh tengok dah muka awak. Saya muak dengan lakonan awak. Jadi lebih baik awak pergi saja.”

Dalina sudah nekad kali ini untuk tidak terus dipermainakan oleh lelaki yang pernah dicintainya suatu masa dulu. Biar apa juga kata-kata manis dan janji yang diberikan itu semua hanyalah dusta belaka.

Dalina sudah tidak mempercayai ALif lagi. Paling penting, Dia tidak mahu Alif dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience