BAB 8

Romance Completed 5199

Bahagia itu bukan untuk selamanya. Mungkin dia tidak pernah dan tidak akan memikirkan tentang perasaan orang lain, tetapi apa mungkin orang lain akan membenarkan dia berbuat sesuka hatinya setelah melukakan hati seorang gadis yang polos.

Alif Fikri tidak hanya sanggup melukakan hati sesiapa sahaja, bahkan dia sanggup untuk mempergunakan dan mempermainkan hati dan perasaan ramai gadis sebaik dan sepolos Dalina Hana.

Mindanya berputar ligat mengingati kenangan lalu, mengingat kembali saat indah dirinya bersama Dalina tanpa ada sedikit pun keraguan dari diri gadis itu suatu masa dahulu.

Rasa cintanya yang kuat hanya terarah kepada Hani, hatinya telah dibutakan dengan cinta Hani yang hanya sementara dan tidak telus sepenuhnya sepertimana cinta Dalina terhadapnya.

Alif tidak mampu melihat betapa jujurnya cinta Dalina buatnya, sehinggalah rasa cinta buatnya itu terhapus dek kelalaiannya. Dek rasa egonya dan cintanya yang diikrarkan hanya untuk Hani.

********

Imbau Semula

Bunyi telefon yang bingit mengganggu ketenangan Dalina saat dia ingin santai bersama keluarga tercinta, lantas dia memutuskan untuk membuat mod silent pada handphone yang tergeletak elok di atas meja itu..

“Hello, siapa ni...??” Rimas dengan panggilan demi panggilan oleh si pemanggil, Dalina bertindak menghubungi pemanggil tidak dikenali itu.

“Hello, awak siapa...?? Urm, semalam awak ada call saya kan... dua hari lepas pun awak ada call saya, ada apa ye...??”

‘Call, bila masa pulak aku call mamat ni... senget apa mamat ni, tetiba kata aku call dia pulak... Huhh, haihh...’

“Excuse me encik, awak yang call saya berkali-kali... lepas tu sekarang ni awak nak cakap saya yang call awak berkali-kali pulak, apa kes ni... dan untuk pengetahuan awak, dalam dua tiga hari ni saya tak ada call sesiapa pun... faham...”

“Sorry awak, tapi rasanya memang ada call dari number awak ni... sebab tu saya call nakkan kepastian dari awak sendiri... habis tu kalau bukan awak yang call, siapa pulak yang call saya guna number awak ni...??”

“Hello, awak ingat saya tau ke hah...?? Mana laa saya nak tau, lagipun kebanyakan number dekat dunia ni ada duplicate awak tau tak... so, jangan nak main serbu je...”

‘Huhh, dah laa masuk rumah orang tak bagi salam... lepas tu main serbu je macam peluru berpandu sesat, ikut suka hati dia je nak serbu aku pun...’

Ketenangan yang diimpikan oleh Dalina di pagi yang indah itu jadi kacau gara-gara panggilan misteri itu, moodnya juga sudah hilang dek tuduhan tak berasas lelaki di hujung talian tadi.

‘Hisyy, serasa macam nak di cepuk-cepuk je mangkuk tingkat tak guna tu... menyakitkan hati nurani aku je di hari yang indah ni...’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience