BAB 3

Romance Completed 5199

“Okay fine, then don’t call me. Awak memang sengaja nak lepaskan semua yang terbuku dalam hati awak tu untuk sakitkan hati saya kan? Tak pernahnya ada yang baik dan sempurna di mata awak.” Kata Dalina melepaskan geram yang dirasakannya.

“Apa yang awak mengarut ni Dalina, saya tak faham dengan apa yang awak cakapkan ni... cuba awak jelaskan elok-elok”

“Faham atau tak, itu bukan satu alasan untuk mengelak dari kenyataan yang awak sengaja mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak sendiri!”

“Dalam satu hari pun, kalau awak tak cari pasal untuk mulakan pergaduhan dengan saya memang tak sah kan... Saya dah penat, awak faham tak apa rasanya bila seseorang tak menghargai kita langsung.” Dalina terus mengeluarkan isi hatinya.

Hubungan yang dingin mulai retak. Dari hari ke hari kian layu akibat ketidakserasian yang mulai muncul di antara Dalina dan Alif. Tiada lagi panggilan manja dan mesra yang dapat didengari setiap hari dan malam.

Kedua-duanya merasakan perbezaan ketara dalam hubungan mereka yang bagaikan sudah tidak bernyawa lagi, bahkan keluarga kedua-duanya juga mampu melihat keadaan perhubungan yang mungkin tidak akan ke mana.

Mungkin beginilah pengakhiran hubungan yang sudah pudar ini, bagaikan retak menanti belah sahaja.

Tiada kemungkinan untuk mereka bahagia, barangkali hubungan yang semakin keruh itu sudah cukup sampai di situ sahaja bagi mereka.

******

“Hello, Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Encik Alif? Ada perkara penting yang hendak saya bincangkan..”

“Hello waalaikumussalam, maaf... ini abang Alif yang bercakap, boleh abang tau ni siapa?” soalnya semula.

“Saya Dalina bercakap. Abang, boleh saya bercakap dengan Alif sebentar tak? Penting.” Jawab Dalina.

“Maaf dik, tapi... abang dekat hospital ni, Alif kemalangan dengan lori ketika nak balik kerja tadi. Dia masih dalam bilik bedah dan doktor sedang jalankan pembedahan untuk buang darah beku dekat bahagian belakang kepala dia.” terang abang Alif.

‘Ya Allah. Apaa... apa semua ni, apa yang lelaki ni merepek pasal Alif?’getus hati Dalina.

“Apa yang abang merepek ni, abang memang sengaja cakap macam tu atas arahan dia ke? Abang... abang dekat hospital mana ni, apa doktor cakap? Abang jangan nak main-main."

“Abang tak merapu dik, abang cakap yang betul.Abang dekat Hospital Tawakal sekarang ni, doktor cakap mungkin tak ada harapan lagi... Jadi, kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.”Jelasnya lagi.

“Abang tipu, tak mungkin... tak mungkin Alif...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience