BAB 4

Romance Completed 5199

“Dalina, Dalina...Ya Allah Dalina! Tolong, Dalina pengsan...”

‘Maaf Dalina, Alif dah tak sanggup nak teruskan hubungan kita lagi... Alif tak boleh teruskan tanpa mengingati Hani walau sedetik pun...’

Sanggup Alif membohongi Dalina tentang keadaan dirinya yang sebenarnya tidak kritikal, hanya cedera ringan sahaja. Sanggup dia mendengar Dalinapengsan tanpa sedikit pun peduli akan keadaannya, walau dia dengar dan tahu keadaan Dalin asaat mendengarkan apa yang terjadi kepada Alif.

*******

Ternyata Dalina kuat, dia tabah mengharungi segala penipuan dan dugaan yang diberikan terhadapnya oleh Alif. Tetapi ada sesuatu yang Dalina tidak tahu, Alif masih bernyawa lagi. Dua hari Dalina menahan tangis kerana tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh abang kepada Alif yang bercakap dengannya melalui telefon milik Alif itu, dan dalam dua hari itu juga dia sedih tanpa air mata.

Tiap hari Dalina membelek kembali mesej-mesej yang pernah dihantar oleh Alif kepadanya, dan tiap hari itulah air matanya tidak bisa ditahan daripada terus mengalir dipipinya.

Seminggu berlalu, dan entah bagaimana dengan tidak semena-menanya Dalina tiba-tiba mendapat mesej dari seseorang yang tidak dikenalinya meminta untuk berkenalan dengannya tetapi tidak diendahkannya langsung, bahkan dibiarkan sahaja. Adiknya, Iqa membaca mesej-mesej tersebut.

“Along, kau tak nak balas mesej-mesej ni ke? Kalau kau tak nak balas, aku padam je lah."

“Kau padam saalah. Malas dah aku nak melayan mereka semua tu, bukan aku kenal pun ngan mereka itu.”

Kesakitan di hati yang makin menyesakkan sudah tidak mampu untuk dibendung lagi, makin lama dibendung makin sakit dirasakan bagi dirinya. Berbulan, bahkan sudah hampir setahun rasanya Alif pergi, dan dalam pada itulah Dalina menahan tangis.Bahkan, dia sudah tidak mampu untuk menangis lagi mengingati setiap detik yang dilaluinya bersama Alif, air matanya dirasakan sudah kering dan tidak mampu untuk mengalir lagi di pipi mulus itu.

Angannya selama ini sudah musnah, lebur bersama hilangnya Alif dari hidupnya. Menanti detik berlalu perasaan dan keadaan hati Dalina juga turut berubah sama. Tiada lagi Dalina yang ceria dan mudah untuk jatuh cinta. Dalina yang ada sekarang hanyalah Dalina yang baru, yang keras hati dan sukar untuk mempercayai cinta lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience