BAB 1

Romance Completed 5199

Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Perkataan menyerah itu tak pernah ada dalam kamus hidup Dalina Hana. Dia gadis biasa yang tidak sempurna seperti yang orang selalu katakan, dia juga ada kekurangannya dan kelebihannya sendiri kerana seorang manusia itu tidak pernah sempurna.

Dalam usia yang masih muda, Dalina sudah mula mengenal erti cinta apabila ada yang memulakan langkah. Apabila ada yang mengenalkan apa itu cinta kepadanya, tanpa Dalina sedari, dia hanya menjadi alat untuk kepentingan Alif Fikri untuk membuatkan dirinya lupa kepada bekas kekasih yang curang.

“Dalina, telefon kau berbunyi ni ... ada orang call. Nak aku tolong jawab ke?” soal Lisa teman sebilik Dalina.

“Kau tolong jawab kejap Lisa, aku ada benda sikit nak buat ni. Cakap aku akan call semula nanti ya.”

“Hello, Assalamualaikum. Alif ye. Ni Lisa kawan Dalina. Dia ada hal sikit sekarang ni. Dia kata dia akan call semula selepas dia selesaikan kerja dia. Boleh ye..." Jawab Lisa.

“Waalaikumussalam, oh, hal apa pula yang Dalina tengah buat tu. Tak pe. Kejap lagi minta dia hubungi saya semula.”

"Dia sedang basuh baju. Ok nanti Lisa sampaikan pesanan," balas Lisa sebelum mematikan talian.

"Siapa tu LIsa?" LAung Dalina.

"Kekasih kau, Alif. Siapa lagi?" Jerit Lisa pula.

Memang di awalnya kelihatan bahagia dan mesra, namun semua itu bermula dari sebuah hubungan persahabatan. Hubungan persahabatan yang tidak lama, tetapi membuatkan Alif Fikri mengambil keputusan untuk menyunting Dalina Hana menjadi kekasih hatinya.

*********

“Hello, Assalamualaikum awak... Maaflah, saya sedang cuci baju tadi. Ada apa awak call awal-awal pagi ni?” tanya Dalina setelah menghubungi Alif semula.

“Tak ada apa, saja saya call. Kenapa, tak boleh ke kalau saya nak call awak awal-awal pagi macam ni? Ke awak tunggu call dari orang lain, hah?” tebak Alif.

“Apa awak cakap ni, kenapa tiba-tiba nak cakap dan marah yang bukan-bukan ni? Apa kenanya yang sampai awak kaitkan orang lain dengan tak semena-mena ni. Demam ke apa?”

Perhubungan yang mulanya indah dan bahagia, kini mula disulami dengan rasa amarah dan tidak percaya dari Alif Fikri.

Andai Dalina lambat membalas mesejnya, pasti ada sahaja perkara yang akan dibangkitkannya. Akhirnya menimbulkan pertelingkahan di antara kedua-duanya. Dalina mulai bosan, walau dalam hati masih ada rasa sayangnya terhadap lelaki bernama Alif itu. Hidupnya terasa bagaikan dikawal dan terkongkong dengan sikap Alif yang semakin berubah.

Hari demi hari, minggu berganti minggu, hidupnya pasti tidak sah tanpa ada sebarang pergaduhan di antara mereka berdua. Walaupun tiada salah apa yang dilakukan oleh Dalina, Alif pasti akan mencari fasal. Ada saja alasan yang boleh dijadikan bahan untuk memulakan pertelingkahan. Rasa sayangnya masih ada, cuma terasa sudah semakin pudar ditelan dek pergaduhan yang sering dimulakan oleh Alif, sehinggakan Dalina sudah tidak kuasa untuk melayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience