BAB 10

Romance Completed 5199

Dua hari berikutnya telefon bimbit Dalina dihujani dengan lebih dari 10 mesej pesanan ringkas dari Alif dan kelihatannya lebih dari 30 missed call juga dari Alif.

Mampukah Dalina melupakan semua apa yang telah terjadi lewat pagi dua hari yang lalu, dan bisakah dia memaafkan Alif?

Puas Alif cuba menghubungi Dalina tetapi masih juga tidak berjawab, dan Alif juga sepertinya sudah muak mahu memujuk Dalina agar tidak marah kepadanya kerana sikapnya terhadap Dalina lewat pagi semalam.

Gadis yang lebih dia nantikan, Hani, telah menghantar beberapa pesanan ringkas buatnya yang mampu membuatkan Alif tidak lena tidur. Betapa tidak disangkanya yang gadis itu akan menghantar mesej sedemikian rupa, menyatakan betapa dia rindu akan setiap detik bersama Alif.

“Hello Hani, betul ke apa yang awak cakapkan ni? Awak memang nak kita balik macam dulu, macam tu? Dah yakin dan terlampau pasti ke dengan keputusan awak tu?”

“Hello Alif. Hani serius nak kita balik macam dulu semula, Hani tak nak jauh dari Alif dah..tak sanggup rasanya nak berjauhan dari diri Alif sampai bila-bila pun...”

Dalam hati Alif tiada siapapun yang tahu bahawa dia punya agenda tersendiri, agenda untuk mula menyakiti hati dan juga perasaan DAlina yang tulus sedang kata-kata Hani terhadapnya mungkin saja nista belaka.

“Hani, kita kahwin nak tak sayang? Alif dah lama sedia nak nikah dengan Hanisayang, lama sebelum Hani tinggalkan Alif lagi...”

“Alif, Hani bukan tak nak nikah dengan Alif. Cuma... Hani nak fokus pada kerja Hani dulu sebelum fikir pasal nikah kahwin semua ni. Hani takut nanti Hani tak dapat nak bahagi tanggungjawab antara kerja dengan rumah tangga je.”

Dalam Alif mengukir bahagia bersama Hani, Dalina menanggung derita. Derita kerana dikecewakan lelaki yang mengajar dia erti cinta dan kasih. Dan lelaki itu jugalah yang memusnahkan kepercayaannya terhadap cinta dari insan bernama lelaki, menyebabkan dia menyingkirkan segala rasa indah itu dari dalam dirinya.

Agenda Alif untuk Dalina pula adalah dengan mengakui yang dia sudah tidak punya banyak waktu dan berharap agar Dalina mampu melupakannya, Alif sangggup melibatkan kawannya sendiri dalam hal hidup dan mati ini sehinggakan banyak pihak yang tertipu.

“Shaarz, maafkan Zaff sebab tak mampu untuk jaga Shaarz lagi lepas ni... saya harap awak dapat lupakan saya, bukan untuk seminggu dua tapi untuk selamanya... saya tak mungkin ada di sisi awak lagi lepas ni, dan tak mungkin dapat bersama awak lagi...”

“Zaff, apa yang awak mengarut ni Zaff...?? Apa yang awak cuba nak cakap pada saya ni hah, boleh tak kalau awak straight je pada saya...?? Tak payah nak belok-belok dah...”

Maafkan Alif sebab tak mampu nak bersama awak selamanya walaupun dah lama kita bersama, maafkan Alif sebab terpaksa hancurkan hati dan perasaan awak macam ni. Alif tak ada niat pun nak sakiti hati Dalina tapi Alif dah tak sanggup nak hidup dalam penipuan lagi.

“Saya dah tak ada banyak masa lagi awak, jadi saya harap awak dapat lupakan saya buat selamanya... Harap awak dapat terima kenyataan ni Dalina.”

“Takk... takk... awak tipu Alif, awak tipu je kan. Awak menipu saya macam ni untuk kepentingan diri awak je kan, jawab Alif. Jawab.!”

Tanpa sedar ada mutiara jernih yang mulai mengalir lembut membasahi pipi mulus itu setelah lama bertakung di tubir matanya, puas diseka agar berhenti namun tidak jua mutiara jernih itu berhenti mengalir..bahkan makin deras mengalir tiap kali diseka..

Seminggu Dalina melayan perasaan sedihnya di atas segala apa yang diucapkan oleh Alif tempoh hari, dan seminggu jugalah dia tidak berhenti dari terus mengalirkan mutiara jernih itu dari tubir matanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience