BAB 11

Romance Completed 14157

Derau angin yang menyapa petang menjadi irama mereka petang itu. Suasana kampung Ismiq Danial memberi sedikit ketenangan. Biasanya dalam cerita perempuan merajuk balik rumah mak, sekarang ia terjadi dan yang kinibukan perempuan yang merajuk tapi lelaki.

“Lapan tahun dulu masa abang dengan Kak Mai datang rumah, Emy dah cakap Emy suka abang. Emy tahu umur Emy waktu itu baru 9 tahun. Emy tahu apa yang Emy cakap. Abang dan Kak Mai gelakkan Emy. Emy tak suka abang dan kak bersama. Emy nampak dalam pandangan abang ada Kak Mai.”

Rupanya susah nak buka cerita kanak-kanak. Nak-nak cerita itu adalah satu permulaan untuk kisah cinta dia.

“Melihat kesungguhan Emy Kak Mai mengalah. Akak Mai dan abang clash jugak lepas tamat SPM. Waktu itu adalah saat yang memang Emy tunggu-tunggu. Sejak dari itu abang jadi seorang playboy. Abang kecewa kan? Emy pun rasa masa itu Emy ini budak-budak sangat. Emy ingat lagi ayat Kak Mai. Dia clash dengan abang sebab perasaan dia dengan Emy tak sama.”

Kenangan lalu buat dia ketawa kecil. Budak yang mentah sibuk nak bercinta.

“Abang Ismiq dah clash dengan akak erk?”

Emy menjuntaikan kaki pada hujung katil Emy Zaima. Emy Zaima berpaling. Dia menongkat dagu pada meja.

“Yap. Emy suka?” Emy shafiqah menganguk riang.

“Emy tahu maksud cinta?” sekali lagi Emy shafiqah mengangguk mendengar soalan Emy Zaima.

“Apa yang Emy tahu?”

Emy Zaima dah berpeluk tubuh dan memusingkan kerusi mengadap Emy Shazfiqah.

“Emy tengok kawan-kawan Emy ada pakwe tapi itu bukan cintakan kak” Emy Zaima tersenyum.

“Habis itu cinta macam mana?”

“Cinta macam Emy dan Abang Ismiq. Ada abang Ismiq, Emy suka dan ada satu perasaan yang buat Emy nak selalu nak duduk dekat dengan abang Ismiq."

“Bukan sebab Abang Ismiq selalu layan Emy ke?”

“Bukan. Perasaan itu lain. Ada rasa lebih cinta. Emy nak cakap banyak pun Emy tak pandai. Emy budak-budak. Tapi Emy pasti dengan perasaan Emy”

Yakin Emy Shazfiqah bersuara. Memang dia budak-budak. Itu tak bermakna dia seorang tak reti apa-apa.

“Emy sedih?” Emy Zaima masih menyoal.

Adik bongsu dia yang sorang ini nama sahaja budak. Kadang-kadang itu bila berfikir macam orang tua. Ada kalanya bila dia dah tekad dengan sesuatu jangan la nak suruh dia lepaskan. Confirm benda itu tak akan terjadi. Macam sekarang. Kalau dia dah tetapkan yang Ismiq Danial itu orang yang akan dia suka, cinta dan kahwin jangan la sesekali nak perlekehkan.

“Mesti la sedih. Suka-suka jugak tapi Emy sedih tengok Abang Ismiq yang terluka. Abang Ismiq betul-betul cintakan akak” sayu Emy Shazfiqah.

“Akak dengan abang Ismiq tak ada jodoh la” kata-kata Emy Zaima seolah satu pujukan pada sang adik.

“Emy sayangkan Is? Maksud akak Abang Ismiq?”
Emy mengangguk.

“Sayang”

“Boleh janji dengan akak?” dagu Emy Shazfiqah diangkat perlahan.

“Boleh jagakan Abang Is untuk akak tak?” soalan itu membuatkan Emy Shazfiqah terdiam.

“Abang Is itu baik sangat. Sekarang ini pasti dia tengah kecewa dan percaya la perangai dia akan berubah 100%”

Emy Zaima bersandar pada kerusi. Kipas siling dipandang.

“Mana akak tahu?”

“Kami kan kawan baik sebelum couple”

Emy Zaima senyum penuh makna. Mereka kawan baik sebelum Ismiq Danial meminta untuk lebih jauh. Dia selesa dengan Ismiq Danial hanya sebagai kawan.

“Emy hanya budak kecik dekat mata abang”

“Dan Emy adalah orang dewasa untuk akak. Akak tak ada perasaan yang sama macam Emy suka dekat Abang Is itu. Sebab itu akak mintak clash. Dari dia berharap lebih baik kita putuskan awal-awal”

Emy Zaima mengeluh perlahan. Betul hati dia tak sama dengan Ismiq Danial. Istilah kawan adalah yang terbaik.

“Dia sayangkan akak.”

“Emy sayangkan dia.”

“Dia benci Emy.”

“Dia tak tahu bezakan perasaan dan kehendak.”

“Emy hanya budak umur sembilan tahun.”

“Perangai dia lebih kecik dari umur Emy.”

“Akak…”

“Emy janji dengan akak.”

“Apa?”

“Emy akan bahagia dengan Is. Tunjukkan dia cinta sebenar. Bukan hanya kehendak”

Emy Shazfiqah diam. Bahu dipaut.

“Emy?”

“Emy masih budak-budak la kak.”

“Masih budak-budak tapi gatal nak becinta”

“Mana ada”

“Ada”

“Tak”

“Ada”

“Tak”

“Ada. Emy kena tanam balik perasaan itu dalam hati dia. Boleh janji?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience