BAB 13

Romance Completed 14157

Surat tawaran sambung belajar itu dipandang sepi. Tak terniat pun nak sambung belajar. Baik duduk rumah dengan suami tercinta lagi bagus.

Sampul surat itu dilempar atas meja sebelum dia menghempas punggung pada sofa. Tak nak pergi pun. Desisnya. Sejak peristiwa hari itu dingin dia dan Ismiq Danial sudah semakin surut. Kira dah baik la. Cuma kadang-kadang itu kaki-kaki Ismiq Danial itu tak surut. Masih dengan aktiviti dia. Rasa-rasanya dah banyak duit dah papa bagi dekat Ismiq Danial. Iyalah bila laki kerja bawah papapasti papa bagi gajikan.

Jawatan dekat tempat kerja papa yang tinggi melangit tu pun dia dapat. Senang kata semua yang dia dapat itu dah boleh membuatkan Ismiq Danial berhenti pegang jawatan kaki-kaki dia itu. Dia mengeluh perlahan. Selamat sikap kaki perempuan itu dah terhakis sikit. Itupun jenuh nak hakis. Kata Ismiq dulu

“Sayang benda itu dah jadi hobi susah nak bendung” untuk sekian kali dia mengeluh.

Betul la cari pasal kahwin dengan si kaki-kaki ini.

“Assalamuikum sayang” Terhenjut bahu Emy Shazfiqah.

Ismiq Danial sudah duduk sebelahnya. Rapat. Telefon ditangan tak habis-habis ditenung.

“Waaikummusalam. Abang dari mana?” Soal Emy Shazfiqah lembut.

Tangan Ismiq Danial diraih ke dalam pautan.

“Dari pejabat. Tadi abang ada jumpa sorang awek ini. Cun gila”

Ismiq Danial mula bercerita. Emy Shazfiqah yang mendengar hanya tersenyum senang. Dah agak dah.

“Then?”

“Happy.”

Sepatah Ismiq Danial bersuara. Serius dia tak ambik hati pun. Malas dia anggap semua itu macam dengar cerita gossip baru.

“Apa ini?”

Sampul surat atas meja menarik minatnya.

“Surat sambung belajar.”

Muka Ismiq Danial berubah.

“Dekat mana?”

“Sarawak”

“Jauhnya”

“Mmm”

“Bila masuk?”

“Dua minggu dari sekarang”

“Masanya dah tiba?”

“Masa apa?”

“Kena tinggal dengan bini” perlahan Ismiq Danial bersuara.

Emy Shazfiqah hanya diam. Sedih ke dia? Takkan la kot.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience