BAB 14

Romance Completed 14157

Tiket check. Beg check. Passport check. Semua dah siap kenapa ada yang tertinggal. Mata Emy Shazfiqah melilau memandang ruang legar Kuala Lumpur International Airport. Bingo! Dah tahu dah apa yang tertinggal. Lantas retak kaki diatur.

“Abang, your wife ini nak pergi dah tapi masih boleh menggatal lagi erk” sergah Emy Shazfiqah.

Dia mencekak pinggang geram. Saat-saat nak tangkap syahdu kena tinggalkan semua boleh pulak laki potong mood.

“Eh sayang dah nak masuk ke?”

Ismiq Danial mengaru kepala.

“Opss sebelum lupa ini abang kenal kan…auw…auw…”

Ismiq Danial dah menjerit kecil saat telinganya ditarik oleh Emy Shazfiqah.

“Emy tak ada masa la nak kenal dengan makwe baru abang ini. Emy nak pergi pun abang masih buat perangai. Emy tahu la Emy siapa. Tapi tak kan la abang tak boleh nak tunggu Emy pergi dulu baru cari awek lain”

Emy dah mula membebel. Sedih pun ada. Takkan la tak boleh nak kawal sikap mata keranjang tu kejap. Tak payah la nak buat depan-depan. Sentap jugak la kadang-kadang itu.

“Sayang sakit. Lepaskan la telinga abang ini”

Ismiq Danial dah mula meronta-ronta. Perlahan-lahan telinga suami itu dilepaskan. Emy Shazfiqah dah menahan sebak. Dia duduk diruang menunggu. Meratapi nasib yang akan dimadukan bila sudah tamat belajar nanti.

“Emy”

Ismiq Danial dah duduk melutut dihadapan Emy Shazfiqah. Tahulah dia isterinya kini memang tengah merajuk hebat. Dia tahu salah dia. Tapi itulah benda automatik kadang-kadang susah nak bendung.

Emy Shazfiqah diam.

“Emy pandang abang” tangan Emy Shazfiqah digengam.

Sang ratu sudah merajuk meh! Emy Shazfiqah berdegil. Matanya masih bertala pada tiket ditangan.

“Dah la bang. Emy tahu. Pergi la bang. Biar Emy duduk sini sorang-sorang. Lagipun kejap lagi Emy dah boleh masuk balai”

Perlahan suara Emy Shazfiqah. Menahan sebak mungkin.

“Emy…”

Perlahan Emy Shazfiqah menolak tubuh Ismiq Danial darinya. Dia betul-betul terasa hati. Mungkin rajuk dia dah sampai hujung.

“Emy paham abang tak suka Emy. Emy tahu hakikat itu. Pergi la jangan sakitkan hati Emy saat-saat Emy nak pergi ini”

“Ish Emy ini, merajuk pulak dia”

Buntang mata Emy Shazfiqah melihat Ismiq Danial. Rasa nak lambung aje suaminya itu dekat landasan. Boleh pulak cakap macam itu.

“Abang tak faham. Yang abang tahu Emy ini hanya budak kecik yang tak tahu apa-apa. Tahulah Emy tak ada tempat dalam hati abang” terluah jugak apa yang dia rasa.

“Siapa cakap Emy tak ada tempat dalam hati abang. Emy itu isteri abang dan cinta bang” tutur Ismiq Danial lembut.

Emy Shazfiqah terpampang.

“Emy abang ini sejak bila la pandai merajuk. Abang sayang Emy tahu. Emy itu aje yang tak tahu. Ingat abang ini kaki perempuan la, kaki kikis la…”

“Bukan memang kenyataan ke?” cantas Emy Shazfiqah. Pipi Emy Shazfiqah ditarik.

“Tengok itu, dengar la sampai habis. Kalau Emy sedih abang lagi sedih dari Emy”

“Tipu”

“Tengok itu menyampuk lagi”

Emy Shazfiqah buat gaya zip mulut.

“Dengar elok-elok tahu. Kalau Emy nak tahu inilah kali pertama abang rasa cinta itu membahagiakan. Kali pertama abang rasa cinta itu adalah anugerah yang tak terhingga. Terima kasih ya Allah atas anugerah mu daninsan yang terpilih adalah Emy abang ini. Bukan Emy Zaima tapi Emy Shazfiqah. Mungkin betul kata arwah dulu. Ada satu cinta yang tunggu lebih lama dari abang. Ternyata ia benar.” Ismiq Danial menarik nafas.

“Abang tak pernah nak anggap Emy ini budak-budak. Sejak kita kahwin abang dah terima Emy. Tapi paham-paham la dengan perangai abang yang kaki perempuan….”

“Kaki kikis, kaki penipu, kaki enjoy. Ops”

Emy Shazfiqah tutup mulut saat mata Ismiq Danial dah membesar.

“Tengok itu. Ada jugak yang kena sat lagi ini.”

“Okay-okay abang sambung. Nak dengar ayat cinta abang ini”

Emy Shazfiqah tahan ketawa.

“Okay la abang straight to point, abang cinta isteri abang ni Emy Shazfiqah. Jangan tanya bila dan kenapa. Abang tak nak jawab.”

“Ala… cakap la. Nak tahu jugak ini” pujuk dia.

Tangan Ismiq digoncang.

“Tak nak. Dah jangan nak banyak bunyi kena kejap lagikan”

Ismiq Danial dah bangun dan mengambil tempat disebelah Emy Shazfiqah.

“Abang beritahu la. Nak tahu ini”

“Tak nak”

“Ala… tak sayang Emy la itu” rajuk Emy.

Ismiq Danial dah menahan geram. Mulut itu tak reti nak berhenti dari tadi. Pot pet dari tadi. Ismiq Danial senyum penuh makna sebelum menarik Emy Shazfiqah dan mulut isterinya yang sedang membebel ditutup dengan mulutnya. Emy Shazfiqah yang terkejut berusaha menolak tubuh sang suami. Tempat awam okay! Malu…

‘Perhatian untuk semua penumpang sila berhati-hati dengan lelaki yang bernama Ismiq Danial. Sesungguhnya dia adalah lelaki bahaya. Awas wahai kaum hawa’ pengumaan hati sudah berkumandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience