BAB 9

Romance Completed 14157

Ismiq Danial terduduk. Baru la dia mengerti kisah sebenar perkahwinan dia. Semua ini ada sebab tentang masa silamnya. Masa silam yang mengubah keseluruhan kehidupannya. Frame gambar yang berada ditangan dipegang erat. Dia berlari menuju bawah. Ada jawapan yang perlu dicari.

“Apa semua ini papa?” tegas Ismiq Danial sebaik sahaja menemui orang yang mungkin dapat memberinya jawapan.

Tuan Wahab yang sedang berkebun menoleh dengan suara Ismiq yang kuat. Terbeliak mata Tuan Wahab sebaik sahaja melihat frame gambar ditangan Ismiq. Dia berdiri mendadak dari mencangkung.

“Ismiq.” Nama suami anaknya itu meniti dibibir.

“Ini komplot apa yang sebenarnya?”

“Abang.”

Kemunculan Emy Shafiqah dengan menatang dulang membuatkan dia tersenyum sinis. Selama dua bulan dia kena main baru terasa yang dia ini terlalu bodoh.

“Emy boleh terangkan.”

Ismiq Danial dah berlari mendapatkan Ismiq Danial. Tangan Ismiq Danial cuba diraih tapi direntap kasar oleh Ismiq Danial. Marah sungguh dia.

“Dengar penjelasan papa dulu.”

Tuan Wahab turut memainkan peranan untuk menerangkan situasi sebenar. Dia turut bertanggungjawab dalam perkara ini.

“Cukup la dengan permainan satu keluarga ini. Saya dah muak!”

Frame gambar tersebut dicampak ke atas lantai dan deraian kaca turut bersepah di atas lantai. Dia melangah keluar dari kediaman yang membuatkan dia benci untuk berada lama disitu.

“Abang!”

Bunyi jeritan Emy syazfiqah langsung tidak dihiraukan.

“Emy kaca” Dia menahan rasa.

Bunyi jeritan Emy dan Tuan Wahab silih berganti membuatkan hati dia beku. Darah yang mengalir itu sikit pun tidak dihiraukan. Semuanya perlukan penjelasan. Tak sangka semuanya terlalu awal.

“Papa tak tahu nak cakap macam mana.”

Tuan Wahab menyekat darah yang mengalir itu dengan tangannya.

“Emy akan cakap dengan abang. Ini adalah tanggungjawab Emy papa.” perlahan Emy Shazfiqah menutur.

“Papa doakan yang terbaik untuk anak papa,” kepala Emy Shazfiqah diusap perlahan. Bertahan la Emy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience