BAB 6

Romance Completed 14157

“Aku tak tahu la kenapa aku boleh jadi macam ini? Eh budak kenapa kau suka dekat aku hah!”

Ismiq Danial duduk bersila atas katil. Emy Shazfiqah yang berdiri dihujung kaki Ismiq Danial hanya tersenyum melihat Ismiq Danial yang membebel di atas katil.

“Tada!” dengan sekali lucut baju tidur Emy Shazfiqah sudah mencecah lantai. Hanya sehelai lace yang jarang kelihatan.

Ismiq yang melihat aksi Emy Shazfiqah terdiam. Budak ini memang la!

“Pakai balik” arah Ismiq Danial.

Dalam kata lain dia sendiri tak sanggup tengok. Rasa nak terkam Emy Shazfiqah yang seksi meksii ni. Tergugat iman yang nipis ini.

“Kan dah cakap. Emy Shazfiqah ini akan seksi depan husband dia.”

Perlahan-lahan Emy Shazfiqah perlahan-lahan merangkak ke atas katil. Melihat aksi Emy Shazfiqah, Ismiq Danial sudah mengengsot ke tepi. Risau jugak budak ini jadi lauk dia.

“Kau ini memang tak tahu malu erk?”

Ismiq Danial dah berkira-kira untuk bangun tapi kakinya sempat ditahan dengan tangan kecil Emy Shazfiqah.

“Mana mahu lari hah”

Belum pun sempat Ismiq bersuara terasa satu sentuhan lembut dibibirnya. Terbuntang mata Ismiq Danial. Budak ini memang tak akan selamat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience