BAB 2

Romance Completed 14157

“Dasar jantan tak guna!”

Ismiq Danial yang baru keluar dari pintu lif tersentak. Badannya terasa ditolak. Cepat-cepat dia paut bahu Caroline.

“Apa hal ini?” bengang Ismiq.

Tak pasal-pasal kena serang. Dia berkerut. Cuba mengenal pasti siapa perempuan dihadapannya itu.

“Ini perempuan mana pulak?”

Ismiq menoleh belakang, Caroline menyorok belakang Ismiq. Baju kemeja Ismiq dipegang.

“Baby, ada orang gila serang you ke?”

“You what? Orang gila? Dasar mulut tak berlapis”

Tubuh Ismiq ditolak ketepi. Caroline sudah menjadi mangsa serangan perempuan itu. Ismiq hanya membiarkan. Wajah perempuan itu seperti dikenali. Perbalahan antara dua wanita itu hanya dipandang sepi.

“Emira” ujarnya perlahan.

Tahu dah siapa yang berada menyerangnya. Ismiq mengeleng perlahan. Masak-masak. Perlahan-lahan Ismiq Danial mengundur dan berlalu sebelum dia pulak menjadi mangsa. Ismiq ketawa kecil sebaik sahaja melangkah keluar dari hotel tersebut.

“Ini la padahnya bila keluar tak pandang kiri kanan. Tak pasal jumpa skandal lain” dia ketawa.

Kunci dari poket dikeluarkan. Kunci tersebut ditimbang-timbang sambil bersiul. Senang hati. Kalau tak hari ini esok lusa dia tetap akan tinggalkan keduanya.

“Abang hensem” tersadur Ismiq bila ada suara menjerit disebelahnya.

Dia memandang kiri-kanan. Kelihatan seorang gadis comel yang sedang berlari. Budak itu panggil aku ke? Ismiq meneruskan langkah. Mungkin silap barang kali. Memang la dia hensem tapi tak mungkin dia. Tengok gadis itu budak baik-baik. Tak sampai hati nak jadikan ‘pet’.

Dia mengawal gaya. Tadi tersadur dah menurunkan 20% kemachoaan dia. Macho bukan mocha, ingat itu.

“Abang hensem” baju Ismiq terasa ditarik.

Dia kebelakang sedikit. Terkejut dengan tindakan tiba-tiba. Gadis comel itu tercungap-cungap. Ismiq tunjuk muka sendiri. Aku ke abang hensem tu? Walaupun hakikat memang macam itu.

“Yes?”

“Abang hensem saya suka abang” cup…cup...

Ada orang buat pengakuan ke apa? Dia pandang keliling. Masih berjalan seperti biasa. Ada orang lalu lalang. Kereta yang melintasi jalan raya. Warga kota yang sibuk dengan hal masing-masing dan dia antara warga kota yang turut berada dalam kelompok tersebut.

“Adik?” Dia mengaru kepala yang tak gatal.

“Betul abang. Saya suka abang yang kaki perempuan ini”

What? Ini strangercampur pervert ke?

“Jom saya belanja abang minum” tangan Ismiq ditarik gadis comel itu.

Tak sempat dia nak mengelak terasa langkah kaki mengekori tingkah itu. Memang pantang kalau ada perempuan dekat dia. Sensitive terasa lemah semacam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience