BAB 10

Romance Completed 14157

“Abang…abang…” panggilan dari sang isteri tidak dihiraukan.

Dia terus melangkah, melangkah dan melangkah. Dia dah muak dengan lakonan mereka sekeluarga. Kenapa la dia tak cam bapa mentuanya itu? Wajah yang selalu ada dalam masa silamnya.

“Abang tolong la dengar penjelasan Emy.”

“Pergi.” halau Ismiq Danial.

“Abang Emy bawak bunga untuk abang ini”

Nak tergelak Ismiq Danial dengar kata-kata Emy Shazfiqah. Bunga? Dia bukan budak perempuan yang perlukan bunga bila merajuk. Merajuk ke dia? Tak dia tak merajuk Cuma marah dengan drama terlebih babak.

“Abang tolong la”

Emy Shazfiqah sudah menarik lengan Ismiq Danial. Jelas kedengaran aliran nafas tersekat-sekat. Langkah Ismiq Danial mati. Dia menarik nafas.

“Tak puas lagi ke kau dan papa kau mainkan aku.”

Ismiq Danial berpaling tiba-tiba sehingga membuatkan Emy Shazfiqah melepaskan pegangan tersebut lalu jatuh terduduk. Imbangan dia tidak kuat untuk tindakan Ismiq Danial.

Hati lelakinya meronta-ronta untuk membantu Emy Shazfiqah dari bangkit. Semarah mana pun dia dengan Emy Shazfiqah tak pernah dia ingin kecelakaan berlaku pada diri itu. Dia sayang Emy Shazfiqah. Kerana ikrar dia selepas akad nikah adalah untuk mencintai Emy Shazfiqah dengan sepenuh hatinya.

“Tolong”

Emy Shazfiqah menghulurkan tangan agar Ismiq Danial membantunya bangkit. Muka comel ditujukkan.

“Bangun sendiri” arah Ismiq Danial geram.

Dia meneruskan langkah. Menjauh dari Emy Shazfiqah. Hati dia terusik.

“Abang tolong la. Emy tak boleh bangun kaki sakit. Luka” jerit Emy Shazfiqah sama dengan kesedihan hatinya.

Kakak, Emy cintakan abang Ismiq! Hatinya mejerit hebat. Emy Shazfiqah menangis perlahan. Sungguh hati dia terasa sakit dengan kelakuan Ismiq Danial. Kenapa semua ini berlaku saat bahagia mula menyapa.

Kenapa rahsia ini terbongkar. Kenapa tidak berkubur seperti mana kisah kakak. Kenapa ia muncul. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jangan la kita mempersoalkan tindakan yang diizinkan oleh Allah SWT. Cepat-cepat Emy Shazfiqah mengucap perlahan. Kata-kata ustaz Malik menyapa tangkai hatinya. Abang…

“Cepat naik”

Emy Shazfiqah mendongak. Ismiq Danial dah mencangkung membelakangi dirinya. Air mata yang menyentuh pipi disapu pergi.

“Abang”

Dia membisik. Ismiq Danial patah balik dan masih sudi membantunya.

“Kau nak naik ke tak nak ini. Penat dah aku mencangkung ini” dingin
suara Ismiq Danial.

Sedingin hatinya kala itu. Tanpa buang masa Emy Shazfiqah melompat naik belakang Ismiq Danial. Dia tersenyum lega.

Sekurang-kurangnya suami dia bukan la seorang yang kejam. Keadaan diam. Ismiq Danial mahupun Emy Shazfiqah.

“Aku sayangkan kau”

Emy Shazfiqah senyum mendengar kata-kata Ismiq Danial. Hatinya terasa kembang. Ismiq Danial sayangkan dia!

“Aku tak main bila melafazkan akad dengan kau. Aku tahu jodoh aku dengan kau. Sebab istikarah aku adalah kau. Allah SWT dah titipkan kau untuk aku jaga. Pelik gadis sebaik kau adalah untuk aku. Aku tak baik.”

“Emy…”

“Biar aku habis cakap dulu” bidas Ismiq Danial.

Biar dia luahkan semua perasaan dia dulu baru dia nak dengar kebenaran. Sekurang-kurangnya beban perasaan dia yang satu itu terlepas jugak.

“Pelik kan cinta itu. Aku lagi pelik. Aku ini kaki perempuan, kaki kikis, semua kaki ada tapi kau suka kan aku. Nak aku walaupun aku ini macam ini. Pelik tahu tak. Tapi aku fikir balik. Semua ini kerja tuhan jadi aku redha. Aku nak dengar semua cerita dari A sampai Z. Tak nak tinggal satu cerita. Boleh kau jelaskan tak. Sebab aku tak boleh nak marah kau lama-lama. Tak sanggup.” Luah Ismiq Danial panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience