BAB 1

Romance Completed 14157

Diurutnya perlahan-lahan pangkal hidungnya. Matanya tajam memerhati gadis-gadis yang keluar masuk dari Kafe Le’Petit. Sesekali dia memerhati lagak setiap seorang. Dia mengambil tempat diluar cafe. Baginya tempat itu adalah yang lebih strategik untuk rancangan masa depannya.

Dari seberang jalan dia melihat sebuah kereta Myvi kuning yang baru parking. Entah kenapa matanya tertarik dengan si Myvi. Sebaik pintu belah pemandu terbuka mata Ismiq Danial buntang. 'Mangsa' detiknya perlahan. Dia menghirup mocha yang hampir sejuk. Berlagak macho. Seorang gadis urban turun keluar dari perut kereta. Matanya masih memerhati lelaki itu. Dari atas sehingga bawah diperhati gadis itu.

Dalam lingkungan 25 tahun. Check! Sesuai dengan target. Cantik? Okay itu dah bonus. Gadis itu tertongeng mencapai beg dari seat belakang. Ismiq tersenyum. LV? Wow. Sebaik beg gadis itu berada ditangan mata Ismiq bertambah bercahaya. 'Aku nak perempuan itu' bisik Ismiq perlahan. Dia memerhati gadis itu melangkah dengan penuh gaya. Lambat-lambat Ismiq Danial bangkit dari kerusi sebaik sahaja gadis itu mengambil tempat di salah satu ruangan café itu.

“Untuk gadis yang cantik.”

Sekuntum bunga ros yang diambil dari pasu sebelah kaunter dihulur pada gadis itu.

“Thanks.”

“Is”

Ismiq Danial menghulur tangan. Tanda pengenalan. Gadis itu teragak-agak. Lambat-lambat tangan Ismiq Danial disambut.

“Lamia” dia tersenyum penuh makna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience