BAB 5

Romance Completed 14157

Ismiq Danial dah tak tentu arah. Mak tunjuk kontrak dengan ayah si Emy itu buat dia rasa nak pitam. Ini ayah nak jual anak ke? Ingatkan mak aku aje jual anak.

“Semua kemewahan yang dimiliki atas nama Tuan Wahab akan menjadi milik Ismiq Danial sekiranya perkahwinan ini terjadi dan jika sebaliknya, semua harta benda milik Puan Nafisah dan Ismiq Danial akan menjadi milik Tuan Wahab.”

Syarat pertama dibaca perlahan.

“Ini macam nak bankrapkan aku. Harta aku bukan ada pun. Selipar jepun aku dia nak jugak ke?”menggeleng Ismiq Danial.

“Abang hensem!” bacaan Ismiq terhenti.

Datang dah bala aku. Memang aku nak jumpa dia pun. Puas aku tunggu ini. Omel Ismiq Danial. Muka masam dipamerkan. Gadis comel itu dengan senyuman menghampiri. Susah nak panggil perempuan ataupun wanita, hatinya sering mengelarkan dia gadis comel.

“Ini apa?” tanpa mukadimah fail tersebut dicampak atas meja café.

Beberapa pasang mata sudah menoleh ke arah mereka. Suara Ismiq Danial dah cukup kuat untuk menjadi perhatian.

“Fail la. Abang ini nama aje dah besar panjang fail pun tak kenal”

Tahap keselambaan gadis comel masih tak surut lagi. Dia menarik kerusi dah duduk bertentang dengan Ismiq Danial. Ismiq hanya memerhati tingkah gadis itu. Siap oder air lagi. Ingat aku nak sangat la duduk dengan dia lama-lama. Ismiq Danial peluk tubuh.

“Abang nak makan apa?”

Emy Shazfiqah menongkat dagu memerhati Ismiq yang sudah memaparkan wajah meluat.

“Aku datang sini nak bincangkan masalah yang kau bawa dalam hidup aku. Bukan nak senang-lenang minum dengan kau.”

Hilang dah perkataan abang dari kata ganti Ismiq Danial.

“Saya betul-betul sukakan abang” bersungguh Emy Shazfiqah menyakinkan dia.

“Ya abang tahu. Tapi untuk meneruskan hidup dengan semua ini rumit. Adik Emy…”

Ismiq Danial telan air liur bila melihat mata Emy syafiqah yang nak terkeluar. Dia berdehem.

“Maksud abang Emy, Emy punya masa depan masih cerah. Emy tak teringin ke nak sambung belajar lagi. Emy mesti ada cita-cita sendirikan.”

Pujuk Ismiq Danial. Harap-harap budak ini makan pujuk.

“Memang la Emy ada cita-cita.”

“See… jadi sia-sia teruskan semua ini” pintas Ismiq Danial.

Ada peluang boleh mengelak ini.

“Nanti la. Emy tak habis cakap lagi” protes Emy.

“Ala habis sini la. Abang ada benda lagi nak buat ini” dalih Ismiq Danial. Dia dah siap nak bangun tapi sempat dihadang oleh Emy Shazfiqah dengan senyuman sinis.

“Boleh ke abang bayar balik semua hantaran itu. Dua kali ganda lagi.”

Ismiq Danial merengus sebelum kembali duduk.

“Sebenarnya kau nak apa hah!”

Ismiq dah mula hilang sabar. Dia benci dengan ugutan ini semua.

“Nak abang” ringkas kata-kata Emy shafiqah.

“Jangan jadi gila okay. Kau itu masih budak-budak lagi. Tak layak untuk aku” marah Ismiq Danial.

Tiada gelaran budak comel ataupun nama. Kata ganti nama sudah bertukar.

“Mana abang tahu saya tak layak untuk abang? Abang bukan tuhan yang menentukan semua itu.” Ismiq terdiam.

“Kau juga bukan siapa-siapa untuk tentukan hidup aku.”

Ismiq Danial bangkit mendadak. Sehingga kerusi yang dia duduki terlentang jatuh kebelakang. Dia melangkah pergi meninggalkan Emy syafiqah. Panas dengan topik itu.

“Abang bukan siapa-siapa untuk halang saya” perlahan Emy Shazfiqah bersuara sebaik Ismiq Danial berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience