BAB 7

Romance Completed 14157

Mata Ismiq Danial celik. Keadaan bilik yang samar-samar membuatkan dia mencapai jam disebelah katil. Enam pagi! Dia menghela nafas lega. Dingin pagi itu terasa menyentuh lembut tubuhnya. Satu gerakkan kecil disebelahnya membuatkan dia mengereng ke sebelah kanan.

Emy Shazfiqah yang sedang nyenyak tidur dipandang. Wajah keanak-anakkan jelas kelihatan. Dia tersenyum nipis. Selimut ditarik sehingga keparas bahu. Macam yang dia cakap semalam Emy Shazfiqah memang tak selamat. Dia ketawa perlahan mengingatkan kejadian semalam. Kejadian semalam membuatkan Ismiq Danial tidak boleh berpaling lagi.

Dia bangkit dari katil ada perkara lain yang perlu dilunaskan. Tuala dihujung katil dicapai untuk menutup tubuh yang kosong tanpa sehelai pakaian. Saat titisan air menyentuh kulitnya Ismiq Danial menghembus nafas lega. Tak menyangka yang dia akan menjadi seorang suami dan yang paling tak diduga sang isteri terlalu muda. Dia tak boleh nak main dalam kehidupan dah. Dia dah ada satu tanggungjawab besar.

Sayup-sayup bunyi azan subuh membuatkan dia cepat-cepat mandi untuk menunaikan suruhan yang satu itu. Sebaik sahaja keluar dari bilik air. Kelihatan Emy Shazfiqah yang sudah bangun dari tidur dan memandangnya dengan senyuman. Dia buat tak tahu. Dia pulak rasa segan dengan Emy Shazfiqah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience