BAB 2

Crime Completed 1249

Sesekali pandangannya beralih arah lorong kiri, kanan dan depan. Dia mahu memastikan rancangannya berjalan lancar. “Pintu 4,” sebutnya tanpa suara setelah ternampak pintu tersebut. Dia mencongak lagi dan gemeretak dalam dadanya berganda. Dia jadi takut dan gementar. Dia bimbang jika rancangan yang sudah lama tertakik dalam kepalanya gagal. Dia tidak mahu perkara tersebut berlaku.

“Pintu 5,” sebutnya lagi dan nafasnya semakin sesak. Kedua tangannya terasa sejuk.Pandangannya berpinar. Dia berasa sangat lemah dan tidak bermaya. Namun diusahakannya untuk jadi kuat. Dia harus bertabah agar rancangannya berjalan lancar.

“Kenapa? Kau takut ke?” Wanita itu bersuara. Dia tersenyum kerana berasa menang. Ketakutan gadis itu mengujakannya. Dia semakin tak sabar mahu mendengar gadis itu terpekik terlolong dalam bilik konkrit. Tentu jeritan histeria itu akan menjadi hiburannya malam ini. “Heh! Kau boleh duduk diam ke?” herdiknya pabila gadis itu mula bergerak-gerak. Gadis itu masih begitu. Bahkan tindak-tanduknya semakin kasar.

“Kau ni tuli ke bangang?” Wanita berbadan gempal itu meradang. Ditunjalnya kepala gadis itu kemudian berjerih ke depan. Apapun, dia terkejut apabila gadis itu tiba-tiba bangkit dan meluru arahnya. Dia terpekik apabila satu benda halus dan tajam menusuk lalu menembusi daging pelipisnya. Dia cepat-cepat berundur. Namun nasibnya kurang baik bila gadis itu bertindak agresif dan menikam serata mukanya. Gadis itu hanya berhenti setelah batang jarum yang digunakannya sebagai senjata patah.

Tanpa berlengah, dia berlari arah lorong sebelah kiri. Dia tersungkur sewaktu menghampiri pintu keluar. BunyiAlarm mula kedengaran. Situasi tersebut menyerpihkan kewarasan gadis itu. “Aku tak boleh mengalah,” bisiknya cemas. Daun pintu ditolaknya seraya berlari keluar. Buat seketika, dia hanya terpacak di situ. Dia jadi keliru dan bingung sejenak setelah terintai suasana sebenar di luar bangunan. Suara orang bersahut-sahutan mula mengacah gegendang telinganya.

Kini tahulah dia bahawa dirinya sedang dalam buruan. “Aku tak mahu berada dalam tempat ni lagi.” Suaranya berdengung dalam kepala. Sedar tak sedar, dia sudah pun berlari menghala utara. Ketika ini, dia masih berada dalam premis tersebut dan sedang menuju ke pagar. “Hah?” Dia panik pabila melihat pagar besi itu setinggi 15 kaki. Dia berjalan ke hujung namun ketinggian pagar tersebut tetap sama. Dia terpinga-pinga seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience