BAB 3

Crime Completed 1249

Suara-suara itu pula semakin dekat. Akhirnya dia terpaksa memanjat pagar tersebut. Cahaya lampuelektrik yangmenerangi semua kawasan memudahkannya. Dia tersenyum setelah berjaya melepasi pagar tersebut. Pemilik suara-suara tadi pula kini berada di depannya. Namun tiada apa yang terdaya mereka lakukan kerana pagar besi itu menjaditembok pemisah. “Pakej X dah terlepas!” Salah seorang dari merekamelaung.

Suara itu kemudiannya tenggelam apabila beberapa das tembakan berhamburan di udara. Namun nampaknya gadis itu sudah nekad. Dia hilang dari pandangan sesaat kemudian. Tiada apa yang boleh menghalangnya lagi, sekalipun dihujani peluru hidup. Dalam benaknya cuma terisi perkataan lari.

KOTA KINABALU

Seth menukar gear. Pedal minyak ditekannya hingga jarum meter menuding angka 170km. Ken yang berada dalam bonet kereta dengan kedua tangan dan kaki terikat tergolek-golek. Bau hapak dan habuk membuatkannya terbersin beberapa kali.Hatinya tak henti-henti menyumpah Seth kerana menyumbatnya dalam bonet.

Seth tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke Taman Sommerville. Rumah Ken yang bernilai suku juta kini tersergam depan mata. Seth melangkah turun. Dia bergegas ke bonet dan melepaskan Ken .

“Kau memang keparat,”marahnya lantas melompat keluar dari bonet. Seth tidak berkata apa-apa. Muncung pistolnya menyodok pinggang Ken .

“Mari selesaikan hal ni.”

Ken menurunkan bahunya yang entah sejak bila terangkat. “Okey. Kau bertenanglah.” Dia geram. “Sebenarnya aku tak simpan barang tu kat sini. Yang kau bawa aku kat sini apa hal?” Kini dia mempersalahkan Seth.

Seth terperangah. “Kenapa tak bagitahu awal-awal?” Mahu saja disepaknya Ken .

“Kau tak tanya pun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience