BAB 10

Crime Completed 1249

Mujurlah dia lebih dulu ternampak batang tubuh lelaki itu lalu menanti di situ. Bunyi derap kaki itu semakin dekat. Ken pula sudah bersia-sedia hendak mencekup lelaki itu dari belakang. Pucuk dicita ulam mendatang. Lelaki berpakaian serba hitam itu kini melintas. Tidak disedarinya Ken yang berada di sebalik tembok sebelah kirinya.

Dengan gerak perlahan, Ken mendekati lelaki itu lalu memaut batang lehernya kemudian memulasnya. Bunyi tulang patah jelas kedengaran namun Ken tiada pilihan. Manusia itu harus dibunuhnya jika mahu hidup. Dia tahu, kumpulan tersebut tidak akan melepaskannya dan Seth selagi masih bernyawa. Ini adalah protokol dan mereka yang dilantik sebagai pelaksana tidak dibenarkan membantah.

Ken segera menyorokkan mayat lelaki itu. Pistol jenis Smith & Wesson 38 M15 milik mangsanya diambil lalu dibeleknya. “Wow hebat,” katanya setelah memeriksa silinder pistol yang masih berisi 6 butir kelongsong peluru. Ken meneruskan perjalanan berbekal pistol semi-auto.

“Aras 9700.” Mindanya bekerja. Dia cuba mengingat lokasi yang dimaksudkan oleh Seth. Bunyi tembakan yang dilepaskan dari satu arah menyentakkan Ken . Dia segera menyorokkan diri dan memerhatikan seluruh ruang serta sudut. Ken terkejut apabila dinding tempatnya menyorok menyerpih terkena sedas tembakan. Ken beralih kerana berasakan lokasinya terdedah.

Bunyi guruh masih menguasai serambi langit. Kilat menyambar lalu menujah dada bumi yang diselimuti gelita. Suasana terang-benderang seketika. Dia yang masih leka mengerah kudrat, mendongak. Keluhannya berhamburan tatkala melihat cahaya rembulan mula memudar. Bunyi anjing menyalak dan suara sekumpulan manusia juga semakin hampir.

Situasi ini menggetirkan jiwa. Perasaannya berbaur bercampur cemas. Namun begitu, mindanya tetap bekerja. Memikir pelbagai alternatif untuk lolos daridijerut masalah ini. Dia tidak mahu ditawan lagi. Cukuplah sudah penderitaan dan kesakitan yang mengasak jasadnya sebelum ini. Dia tidak sudi melihat dagingnya ditoreh dan dijahit berulang-kali.

Walau apapun yang akan terjadi, dia tidak akan kembali ke sarang jahanam itu. Dia sanggup bergolok nyawa, asalkan saja tidak diheret dan disumbat dalam bilik pengap yang bagaikan liang lahat. “Nama aku siapa?” suanya pada diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience